بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Wow, terkesima Master membaca notifikasi daripada aplikasi M2U itu. Tambahan beliau dan kawannya baru sahaja berbincang mengenai e-dompet atau e-wallet patuh syariah di Malaysia ni.
Master menggunakan 3 e-dompet setakat ini iaitu Boost, Setel, dan TNG e-Wallet. Baru sahaja pada bulan Ramadhan lalu Master membayar zakat fitrah menggunakan e-dompet Boost, tiba-tiba sahaja ada persoalan mengenai e-dompet patuh syariah. Mengikut pengetahuan Master, jika nak bayar zakat tak boleh gunakan kad kredit konvensional, jadi secara teorinya jika nak bayar zakat guna e-dompet, maka e-dompet itu sendiri perlu patuh syariah.
Jika institusi zakat hanya mementingkan penerimaan duit tanpa menapis daripada mana duit itu datang, maka secara automatik ia akan menyumbang kepada penggalakan amalan riba yang dilarang Allah.
Wow, berat juga isu ini. Jika betullah MAE sahaja e-dompet patuh syariah, maka ini satu titik asas untuk Master mula menggunakan MAE daripada Maybank.
Tak balik kampung tak mengapa, duit raya jangan lupa.
Hantar eDuit Raya kepada keluarga tersayang dengan e-dompet MAE, satu-satunya e-dompet patuh Syariah.
Eratkan silaturrahim walaupun berjauhan, tradisi Duit Raya jangan ditinggalkan. Klik 'Find Out More' untuk maklumat lanjut.
# Monday, 1 June 2020, 09:05 # 20200601 # Screenshot_2020-06-01-09-05-42-621.jpg #
Apa-apa pun tahniah buat MAE kerana berani isytihar mereka patuh syariah. Semoga akan membuka mata kepada para penyedia khidmat e-dompet di Malaysia ni.
Boost?
Boost ni sebenarnya menjadi harapan rakyat Malaysia mungkin kerana produknya yang lebih lokal melalui pelaburan Celcom Axiata.
Tapi Boost pun tak pernah isytihar dia patuh syariah, dan mungkin juga pengaruh daripada pelaburan Mitsui Sumitomo Bank akan turut mempengaruhi pembuatan keputusan e-dompet ini.
Setel?
Setel sepatutnya tiada masalah untuk menjadi patuh syariah kerana setakat ini ia hanya terhad penggunaannya kepada pengisian minyak di Stesen Petronas.
TNG e-Wallet?
Bagi TNG e-Wallet, kita tahu mereka berkiblatkan negara China kerana e-dompet itu dibangunkan oleh anak syarikat usahama AliBaba dan Touch 'n Go Sdn Bhd.
Jadi mungkin model perniagaan dan produk mereka akan meniru AliBaba, main sebat sahaja asalkan untung. Malang pula bagi kita kerana mereka memonopoli pasaran pembayaran tol di Malaysia ni. Lagilah mereka naik tocang, patuh syariah atau tak patuh syariah nak kena guna produk mereka juga.
Ada aku kisah syariah tak syariah. Tak nak guna boleh belah.
Mungkin itu yang bermain dalam minda pihak pengurusan tertinggi mereka.
Mungkin Maybank nampak apa yang e-dompet lain tak nampak, dan kita agak gembira kerana kepatuhan syariah ini akhirnya diusahakan oleh salah satu e-dompet di Malaysia sekaligus memberi muslimin dan muslimat pilihan untuk menggunakan teknologi tanpa menidakkan hukum.
Mungkin juga kerana Maybank telah berpengalaman dalam ekonomi patuh syariah dan mempunyai kemahiran serta tenaga kerja yang bersesuaian, apatah lagi mereka punyai Maybank Islamic, maka mereka tiada masalah untuk memastikan produk mereka patuh syariah.
Ini barulah produk yang mempunyai ciri Malaysia.
MAE... kami datang.
PS: Apalah nama MAE, tak best sungguh. \(^0^)/
2 Ulasan
Haipp best la nama MAE, dekat2 dengan MAI. hahaha. Btw sekarang ada TNG E Wallet je tu pun buat sebab dapat RM30 haritu, kekeke.
BalasPadame-dompet ni yang bagusnya ialah tak perlu prepare duit kecil, tapi nak kena ada phone, bateri, line telefon.
PadamTNG e-Wallet pula kelebihannya boleh bayar tol guna RFID. Tak perlu topup kad dah.
Tapi tak pasti pula dekat PLUS dah boleh guna belum.
Selain RFID, kad TNG kita tu boleh dipasangkan dgn TNG e-Wallet ni, jadi bila lalu tol, walaupun kita sentuhkan kad, sebenarnya tol tu tolak baki dalam e-dompet. Jadi tak perlu topup kad, tapi topup TNG e-Wallet.
Banyak pula kelebihan e-dompet lain seperti Boost, dan SETEL tapi nak cerita panjang-panjang baik Tedi karang post baru... hehehe.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.