بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Memandangkan ada yang bertanya, maka Tedi terpaksa menjawab.

Pada mulanya Tedi hanya membiarkan sahaja jawapan ini bermain di minda kerana Tedi berasakan bahawa soalan ini terlalu mudah.

Tetapi setelah sekian lama, Tedi berasa Tedi perlu menjawabnya. Mungkin yang bertanya benar-benar mahukan jawapan. Kadangkala apa yang mudah bagi kita tidak pernah terjangkau dek orang lain.

gambar Nur Fazura bertudung
Fazura adalah salah seorang yang menpunyai awalan nama "Nur" pada namanya.

Maksud nama Nor

Maksud nama Nor dalam Bahasa Arab ialah "cahaya".

Ini adalah nama yang popular buat orang Islam. Tedi tak pasti jika nama Nor ini digunakan oleh bukan Islam, tetapi mungkin sahaja maksudnya lain.

Perkataan nor dalam Bahasa Inggeris pula bermaksud "dan bukan" yang didahului dengan perkataan neither. Jadi mungkin sahaja omputeh akan salah faham apabila membaca nama Nor ini. 😅

Contoh: neither him nor me (bukan dia dan bukan saya). 

Selain dieja Nor, ia juga dieja sebagai Nur atau Noor. Versi barat pula lebih gemar mengeja Nor sebagai Nour.

Selain menggunakan Nor, nama lain yang sama maksud ialah Nurul. Cuma Tedi tak pasti jika ada hukum perlu diikuti semasa nak gunakan Nor atau Nurul.

Contoh: Nor Aina atau Nurul Aina mempunyai maksud yang sama iaitu "cahaya mata kami".

Nurul pula adakalanya dieja dalam rumi sebagai Noorul. Kadangkala orang sebelah barat mengeja Nour-el. Macam tu la lebih kurang

Apa-apa pun ia cuma masalah ejaan dalam rumi sahaja kerana dalam bahasa Arab atau tulisan jawi ejaannya tetap sama.

 

Ejaan nama Nor dalam Bahasa Arab atau tulisan jawi

Nor, Noor, Nour dieja dalam Bahasa Arab atau tulisan jawi hanya dengan 3 huruf iaitu Nun - Wau - Ro. Jangan lupa tulisan jawi dibaca dari kanan.

نور‎

 

Gabungan nama Nor

Nama Nor ni memang banyak digunakan di Malaysia sebagai nama pangkal, salah satunya Tedi pernah ceritakan semasa mengkaji makna nama Nor Aina.

Tedi akan letakkan juga di sini sebagai contoh, mungkin dengan nama yang popular.

  1. Malik Noor
  2. Nor Aina
  3. Nor Aisyah
  4. Nor Aini
  5. Nor Bahiyah
  6. Nur Atikah Nabilah
  7. Nur Fazura

 


20200619
~ jika karangan ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~