بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selalu nampak kedai makan Nasi Lemak Royale Kedah ni di Kota Warisan. Maka kami cubalah sekali makanan di sana, nak tau sedap sangatkah Nasi Lemak Royale tu sampai ada gelaran "royale" tu?
Mengikut kawan Master yang berasal dari Kedah, Nasi Lemak Royale ni adalah nasi lemak santapan keluarga raja Kedah, sebab itulah ada nama "royale" tu.
Apakah Maksud "Royale"?
Tapi apabila Tedi semak royale tu maksudnya hiasan yang dibuat daripada kastard. Fuh, pening nak faham sebab Tedi bukan pakar bab masakan.
Lagi Tedi tak faham apakah hubung kait di antara Nasi Lemak dan Royale? Mungkin nasi lemak ni ada hiasan berasaskan kastard?
# Nasi Lemak Royale Kedah. Cuba sekali pasti nak lagi. Nasi lemak RM 6.00. Minuman RM 3.20. # Sunday, 22 October 2017, 18:19 # 20171022 # IMG_20171022_181901.jpg # HUAWEI H30-U10 # Nasi Lemak Royale (cawangan Kota Warisan) # 29, Taman Warisan Bayu, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/JmqPkz25JoUp9gX9A #
Master tak gemar
Setelah mencuba nasi lemak yang agak kekuningan tu, Master kata dia tak menggemarinya. Tiada rasa nasi lemak. Tapi ada banyak pilihan lauk.
Tedi rasa Tedi faham kenapa Master tak suka makan di kedai makan Nasi Lemak Royale ni. Suasananya dan rasanya adalah seperti restoran near me nasi kandar, dan bukannya nasi lemak. Sesungguhnya ini adalah penipuan yang nyata.
Tetapi itu hanya pendapat peribadi Master sahaja kerana Tedi melihat ramai orang makan di kedai makan Nasi Lemak Royale ni.
Nasi Lemak Royale ada 2
Apabila Master menyuarakan pendapatnya kepada kawannya orang Kedah tu, kawannya berkata bahawa ada 2 Nasi Lemak Royale ni. Ia berlaku apabila ada pergaduhan di antara adik-beradik keluarga pengasas Nasi Lemak Royale Kedah ni. Mereka berpecah dan terhasillah dua cabang Nasi Lemak Royale.
Cuma Master tak tahu apakah nama kedua-dua Nasi Lemak Royale tu?
Diterbitkan pada 20200605, ini adalah karangan mengenai pengalaman kami makan di restoran near me kedai makan Nasi Lemak Royale cawangan Kota Warisan.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.