بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kedai Runcit di Pulau Mabul
Kelibat Kedai Runcit Fattah ini pula membuatkan Tedi tertanya-tanya bagaimanakah mereka mendapatkan bekalan barangan runcit untuk dijual? Maklum sahajalah duduk di sebuah pulau yang jauh dari tanah besar.
Aktiviti Menarik Bot di Pulau Mabul Sabah
Ketika kami dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di Pulau Mabul Sabah, kami bernasib baik kerana terserempak dengan sekumpulan orang kampung sedang menarik sebuah bot ke daratan untuk disimpan.
Master, Pak Long Irwan dan rakan lelaki dalam kumpulan kami tidak melepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman menarik bot tradisional di Pulau Mabul Sabah. Sesungguhnya ini adalah satu pengalaman di Pulau Mabul Sabah yang tidak dapat kami lupakan. Mungkin aktiviti ini boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti di Pulau Mabul dalam pakej pelancongan yang ditawarkan.
Candat Sotong di Pulau Mabul
Gambar di bawah menarik minat Master untuk merakamnya kerana ia sinonim dengan kehidupan kecilnya dan kenangannya bersama arwah Tokki Ali seorang nelayan yang tinggal di daerah Marang di Negeri Terengganu Darul Iman di Malaysia.
Master panggil benda ini sebagai candat. Tedi pernah kongsikan pendapat Tedi mengenai candat ni dalam kiriman bertajuk "Bulan Besar Berdarah vs Candat Sotong" .
- Wow ada candat kelihatan digantung tidak tahu untuk apa.
- Semasa kecil, Master selalu melihat arwah Tokki Ali membuat candat seperti ini secara tradisional. Yang ini kelihatan seperti versi moden.
- Beberapa mata kail akan diikat bersama seperti ini, diletakkan dalam acuan daun pisang, sebelum arwah Tokki Ali tuang timah cair ke atasnya lalu menjadikan kumpulan mata kail itu jadi
- sebegini. Kemudian candat itu akan dibalut dengan kain putih dan merah.
- Insya-Allah jika rajin nanti Tedi Google gambar candat tradisional tu. Arwah Tokki Ali sediakan candat hanya pada musim menangkap sotong.
- # Saturday, 12 April 2014, 16:50 # 20140412-mabul (153).JPG # Canon EOS 500D # Pulau Mabul Sabah hari ke-2 #
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.