بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka. Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Sambil makan kenduri kita boleh pergi jalan-jalan beriadah di Tasik Titiwangsa ini.

Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga ke Tasik Titiwangsa, sebagai keluarga, kalau sebagai orang bujang tu mungkin dah banyak kali sebab Master dulu selalu berlari-lari anak di sekitar Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini.

Maka, silalah layan koleksi gambar di bawah ya...


Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa

Gambar dalam Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa KL
Antara hiasan yang ada termasuklah sampan kayu dan peralatan nelayan tradisional seperti lampu minyak tanah, bubu,jaring dan lain-lain # Sunday, 11 December 2011, 13:53 # 20111211-kenduri-yati-TM (9).JPG # Canon EOS 500D #
 

Gambar ke-14 adalah gambar plak perasmian Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa yang menceritakan siapakah yang merasmikan pembukaan restoran tersebut? Bila tarikh restoran Terapung Nelayan Titiwangsa ini dirasmikan pembukaannya?

Dahsyat ya restoran dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu? Tahun 1986? wah wah wah... dah tua restoran ni.

Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri Malaysia pada hari Ahad 4hb Mei 1986 bersamaan 26 Syaaban 1406. Gambar plak perasmian Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa KL
Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri Malaysia pada hari Ahad 4hb Mei 1986 bersamaan 26 Syaaban 1406. # Sunday, 11 December 2011, 13:58 # 20111211 # 20111211-kenduri-yati-TM (14).JPG # Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/F6vyXCjndfuhhjpq9 #