بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur, dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai, tiba-tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelat
Mummy, mummy.. adik panjat.. adik panjat
Mummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi adik (Aidan) tu memanjat sana sini.
Kotak mainan dipanjat. Sofa dipanjat. Rak almari dipanjat. Grill pintu pun dipanjat.
Tetapi apabila dijenguk. Uish terkejut beruk dibuatnya.
Aidan dah duduk atas meja makan sambil tuang air ke lantai!
Dia panjat kotak mainannya untuk naik atas kerusi sebelum dia panjat meja makan berwarna putih tersebut.
Umur bayi lelaki tersebut ialah 1 tahun 1 bulan dan 28 hari.
~~~20200725~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
2 Ulasan
Anak saya pun suka memanjat.. apa yang best entahlah memanjat ni kan
BalasPadammungkin bayi pada usia 1 tahun ni sukakan cabaran dan mula meneroka dunia baru. tambahan Aidan menerima tunjuk ajar daripada kakaknya yang berusia 3 tahun tu.
PadamKakaknya si Aina tu dulu tak pula memanjat, tapi sekarang ampaian kain pun jadi tempat bergayut. mungkin nak kena pasang pagar anti panjat? lol..
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.