Pak Lang Epul kata aircond kereta sedut udara panas daripada bahagian bawah dashboard tempat duduk penumpang hadapan.
Sebab itulah alas kaki di bahagian tempat duduk penumpang hadapan itu patut dibersihkan selalu, untuk elakkan udara berdebu disedut masuk ke dalam sistem aircond kereta kita.
Tedi cuba mencari dalam internet tapi masih belum berjumpa jawapan yang diperlukan.
Apa yang menarik perhatian adalah terdapat 2 jenis udara yang diambil oleh aircond kereta. Udara pertama adalah udara luar, manakala udara kedua adalah udara kitar semula.
Udara kitar semula adalah udara dari dalam kabin kereta. Kita dicadangkan untuk menggunakan udara kitar semula apabila cuaca panas kerana ia akan menggunakan udara di dalam kabin yang telah sejuk.
Namun ada kelemahan udara kitar semula ini, iaitu kehadiran oksigen yang makin berkurangan kerana aircond hanya berfungsi untuk menyejukkan udara dan bukannya membekalkan oksigen.
Oleh sebab itulah kita dicadangkan untuk membuka sedikit tingkap supaya ada udara segar masuk ke dalam kereta terutamanya apabila ketika kereta dibiarkan melahu.
Tedi syak udara kitar semula inilah yang disedut melalui bawah dashboard kereta di bahagian tempat duduk penumpang.
20200720
2 Ulasan
Aircond kereta penting zaman sekarang ni, cuaca makin panas
BalasPadamya, tapi rasanya ada mudarat juga kepada manusia apabila gunakan aircond kereta, sebab tu nak tahu aircond kereta ambil udara tu dari mana.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.