بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Seorang kawan bertanya kepada Master, okay tak kalau dia beli air fryer?

Air fryer ni kalau diterjemah terus ke dalam Bahasa Melayu bolehlah disebut sebagai penggoreng udara.

Teori menggoreng gunakan air fryer ialah bahan makanan akan dikenakan udara panas. Minyak atau lemak yang ada dalam makanan akan menjadi panas dan makanan itu digoreng dalam minyak atau lemaknya sendiri.

Tapi kalau dipanggil penggoreng udara mestilah orang akan keliru kenapa nak goreng udara? Bagaimana udara digoreng? Kenapa nak goreng udara?

Maka Tedi pun kekalkanlah penggunaan istilah air fryer tu dalam kiriman ini.

Berbalik kepada soalan kawan Master tu, Master ambil masa yang agak lama untuk menjawabnya.

"Kalau beli masa ni, mungkin berbaloi."

Sebab harga air fryer pada masa Mummy beli dulu harganya mahal mencecah ribuan Ringgit Malaysia. Maklum sahajalah ia benda baru dan hanya Philips sahaja yang buat.

Kini harganya ratus Ringgit Malaysia sahaja dan ada banyak jenama. Teknologinya pula lebih canggih, jika dulu hanya ada mekanikal, sekarang sudah ada versi digital.

Aksesori tambahan air fryer di Malaysia pada masa sekarang amat banyak. Penapis sahaja ada dua tiga jenis.

Tetapi jawapan Master itu mungkin merujuk kepada kadar penggunaan air fryer itu sendiri adakah berbaloi dengan harganya.

Pada pendapat Master untuk harga mencecah ribuan Ringgit Malaysia, air fryer tidak berbaloi dibeli kerana penggunaannya terhad.

Pada masa ini Master hanya masak ubi dengan jayanya menggunakan air fryer.

Goreng makanan sejuk beku segera seperti nugget atau daging burger menggunakan air fryer adalah kegagalan yang nyata kerana semua makanan itu akan menjadi sangat masin. Teori Tedi menyatakan bahawa kerana air dikeringkan daripada nugget, menyebabkan jumlah garam dalam nugget semakin ketara, tapi jika digoreng dalam minyak panas, garam itu mungkin melarut ke dalam minyak. Itu adalah pengalaman kami goreng nugget guna air fryer tetapi mungkin ada teknik untuk goreng nugget guna air fryer tanpa menyebabkannya menjadi terlalu masin.

Tedi masih mencari teknik menggoreng nugget dalam air fryer.

Tapi boleh sahaja goreng ayam dalam air fryer asalkan ia bukan produk sejuk beku di mana kadar garamnya dapat dikawal.

Bungkus ayam atau ikan dalam aluminium foil dan dimasak dalam air fryer akan memberi kesan seperti masak stim.

Kesimpulannya jika anda pandai guna air fryer dan beli dengan harga cuma ratusan Ringgit Malaysia, mungkin ia pelaburan berbaloi untuk dapur anda.


~20200713~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih