بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Koleksi gambar yang menunjukkan proses ubahsuai rumah kami di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di negeri Selangor Darul Ehsan di negara Malaysia.
Pengubahsuaian ini dilakukan sebelum kami berpindah ke rumah kami ini.
Bilik ke-3
Bilik ke-3 ni kami jadikan bilik simpanan barang sahaja memandangkan bilik ini adalah bilik paling kecil. Bilik tidur ini boleh memuatkan satu katil bujang sahaja.
Ironinya bilik ini adalah bilik yang mempunyai pemandangan terbaik di luar jendelanya.
# 20090411 # Saturday, 11 April 2009, 13:14 # DSC00149 # Sony Ericsson K550i # https://goo.gl/maps/gNSFfurZdW8cfcEGA #
Ini adalah gambar yang menunjukkan pemandangan di luar jendela bilik ke-3 rumah kami di Blok 2 Desa Mentari ni.
Boleh nampak sungai, taman permainan, surau dan pemandangan sekitar Petaling Jaya.
# Saturday, 11 April 2009, 13:15 # 20090411 # DSC00152 # Sony Ericsson K550i #
Pengubahsuaian yang dilakukan
Boleh dikatakan bahawa pengubahsuaian rumah kami di Blok 2 Desa Mentari ini adalah lebih menjurus kepada pembaikan rumah ini sebelum diduduki.
Di antara pengubahsuaian yang dilakukan adalah:
- tambah table top konkrit di bahagian dapur.
- gantikan tingkap berbingkai kayu yang sudah reput dengan tingkap gelongsor berbingkai aluminium
- buang separuh tingkap berbingkai kayu di bilik tengah dan digantikan dengan konkrit
# Gambar DSC00150 ini diambil pada 20090411 (Saturday, 11 April 2009, 13:15) dengan kamera telefon bimbit Sony Ericsson K550i.
Bilik ke-2 atau Bilik Tengah
Bilik tidur kedua ini telah reput tingkapnya, maka kami memilih untuk membuang bahagian bingkai tingkap yang reput dan digantikan dengan konkrit.
Pengubahsuaian ini menjadikan bilik tengah ini lebih gelap namun memberikan lebih perasaan privacy.
# Saturday, 11 April 2009, 13:15 # 20090411 # DSC00151 # Sony Ericsson K550i #
Alhamdulillah, tamat sudah 4 keping gambar mengenai kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian rumah kami di Blok 2 Desa Mentari ini.
Kiriman ini telah diterbitkan pada 20200719 hari Sabtu jam 9:11 pagi.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.