بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selesai sahaja melawat Bukit Melawati, kami meneruskan jalan-jalan PKPP kami dengan mencari tempat bermalam. Pada awalnya Mummy bercadang nak menginap di Sekinchan.
Memandangkan kami hanya serbu sahaja dan tidak membuat tempahan awal, taqdir menemukan kami dengan Dorani Bayu Resort and Services yang terletak di Sungai Besar.
Resort terapung di atas lautan Selat Melaka ini kami diami dengan harga RM 180 (satu ratus dan lapan puluh Ringgit Malaysia) iaitu kadar semalaman bagi chalet terapung dengan katil queen dan menghadap laut.
Chalet lain di Dorani Bayu Resort ini ditawarkan dengan harga lebih rendah.
Dorani Bayu Resort ni terletak bersebelahan dengan D'muara Ikan Bakar. Tedi pernah dengar nama kedai makan tersebut. D'muara Ikan Bakar adalah tempat makan terkenal bagi pencinta makanan laut, malahan di sini anda boleh juga bermalam di bilik yang disediakan.
Malangnya pada musim PKP ni, kelihatan D'muara Ikan Bakar masih tidak beroperasi dan tidak terurus.
Pengalaman menginap di Dorani Bayu Resort ni Tedi boleh katakan ia sesuai dengan sesiapa yang mahu bersantai di resort di atas laut. Anda akan dapat mendengar bunyi deruan bot keluar masuk kuala kerana resort ini memang terletak di muara. Bukan sahaja mendengar malah anda boleh bersantai di beranda sambil menyaksikan bot keluar masuk muara.
# Friday, 26 June 2020, 18:05 # DSC09529 # SONY ILCE-5000 #
Anda juga akan dapat mendengar bunyi burung-burung laut. Tedi tak kenal nama burung-burung tu, ada seekor yang Tedi nampak macam bangau. Tak tahu pula Tedi jika ada bangau di laut. Ia hanya bertenggek pada tunggul kayu mungkin pada sepanjang hari.
Pada waktu malam tiada apa yang kelihatan, suasana di resort agak mati tanpa aktiviti. Seorang uncle berbangsa Cina menyatakan jika nak cari makan kena ke pekan Sungai Besar yang terletak hanya 3 kilometer.
Kami tidak keluar mencari makan kerana Tok Abah, Tok Ma, Pak Long, Mak Long dan Amar datang mengunjungi kami sambil membawa nasi dan lauk-pauk.
Rumah Mak Long terletak di Pekan Sungai Besar di taman perumahan berhampiran Stadium Sungai Besar dan Balai Bomba Sungai Besar.
Tok Abah dan Tok Ma pula berada di rumah Mak Long untuk mengambil Amar untuk dibawa balik ke Kelantan.
Mereka mengunjungi kami untuk menikmati suasana di resort itu.
Kadangkala ada pengunjung yang menginap di situ menghabiskan masa mereka dengan memancing. Kelihatan ada beberapa ekor ikan diperolehi mereka. Seronok melihat mereka memancing. Kami pun berangan nak memancing dari beranda bilik kami.
Tiada pantai untuk mandi-manda
Malangnya di Dorani Bayu Resort and Services ini tiada pantai yang sesuai untuk mandi-manda kerana pantainya berlumpur.
Kemudian kami mengetahui melalui kembara kami mencari kawasan pantai di sekitar Sungai Besar, memang keadaan pantainya sebegitu sama ada berlumpur atau dipenuhi pokok bakau.
Kesimpulannya jika anda nak merasa duduk di resort dan menikmati pemandangan dan suasana di kuala dengan santai, Dorani Bayu Resort memang sesuai untuk anda.
Jeti bot berlabuh
Berhampiran dengan Dorani Bayu Resort ini ada jeti tempat bot nelayan berlabuh. Oleh itu kita boleh menyaksikan bot dan sampan keluar masuk dari jeti ke kawasan laut.
Kami menghabiskan waktu pagi bersiar-siar menikmati panorama tersebut. Sungguh menyegarkan.
Lain-lain
- Melihatkan kepada namanya, tempat penginapan Dorani Bayu Resort ini adalah terletak berhampiran dengan homestay Haji Dorani Sungai Besar Selangor kerana terletak berhampiran dengan Kampung Sungai Haji Dorani.
- Tiada resort bernama Haji Dorani Resort, tetapi jika mencari resort di sekitar kampung Sungai Haji Dorani, Dorani Bayu Resort adalah tempatnya.
- Beza Dorani Bayu Resort dan homestay Haji Dorani yang lain ialah ia terletak di kawasan tepi sungai dan laut, manakala homstay Haji Dorani selalunya di kawasan kampung dikelilingi sawah padi.
Video di kuala Sungai Haji Dorani
20200626
4 Ulasan
Best jalan2 area sana, saya pun teringat2 masa pergi haritu
BalasPadamyup. tapi sekarang macam kasihan sebab baru nak recover selepas perintah kawalan pergerakan kan.
Padammacam mana nak hubungi pihak resort ?
BalasPadamboleh Google nama DORANI BAYU RESORT & SERVICES SDN BHD
PadamPada masa ini alamat dan no. telefon ialah:
Address: D Muara Dorani Marine Parks, Jalan Lama Kuala Selangor, 45300, Sungai Besar, Selangor, 45300
Phone: 03-3224 6800
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.