بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jika kawan-kawan dapat perhatikan bahawa gaya penulisan Tedi dalam interpretZZ ini telah berubah.

Tedi mula menaip karangan ringkas tanpa sebarang penggayaan pada persembahan.

Bukankah Tedi selalunya meletakkan gambar disertai dengan caption yang menjelaskan interpretasi pada setiap gambar tersebut?

Tedi mungkin akan melupakannya buat sementara waktu kerana Tedi menjumpai ada laman web yang lebih terkenal telah menyedut kiriman-kiriman Tedi.

Malahan laman web mereka pula berada di ranking atas carian Google padahal Tesi yang bersusah-payah memilih, menyunting dan menerbitkan satu-satu kiriman.

Nak edit gambar bukannya senang, paling cepat Tedi dapat siapkan 1 gambar dalam 15 minit belum masuk teks yang diperlukan untuk menceritakan peristiwa yang berkaitan dengan gambar tersebut.

Alih-alih ada pihak yang senang saja mencuri kiriman Tedi.

Mereka kata laman web mereka yang membuatkan ramai pelawat mengunjungi blog interpretZZ ini.

Tetapi tipu semua itu kerana sejarah pengunjung menunjullan Google yang menyumbang kepada bilangan pelawat di laman ini.

Jadi sekarang Tedi download app Blogger yang kurang fungsi tu dan taip saja apa yang Tedi mahu.

Tak perlu habiskan masa di depan komputer riba lagi.

Kita tengok bagaimana hasilnya nanti. Tentu ada pembaca yang terkesan, tetapi Tedi perlu lakukan sesuatu untuk mempertahankan hak kami di interpretZZ.

20200704