بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kandungan: Bicara Pasal Doa Perpisahan | Lirik Lagu "Doa Perpisahan" | Sejarah Lagu Doa Perpisahan | Pemahaman Tedi Pasal Doa Perpisahan

Bicara Pasal Doa Perpisahan

  • Tajuk Lagu: Doa Perpisahan
  • Munsyid: An-Naurah (1992)Brothers (1998: Satu Perjuangan, 2015: Sabar)
  • Penulis Lirik dan Pencipta Lagu: DinaHairi

Doa Perpisahan ni mungkin sesuai untuk majlis perpisahan dengan iramanya yang sayu, siapa tak tahan pasti akan berjurai air mata.

Betapa tidak Doa Perpisahan mengenang kembali saat pertemuan dan kenangan semasa di dalam perjuangan tidak kisahlah sama ada semasa belajar bersama, sertai aktiviti kemasyarakatan, ataupun bekerja bersama. Semua itu perjuangan kerana di atas jalan kebaikan.

Oleh sebab itu lagu Doa Perpisahan selalu berkumandang dalam majlis perpisahan sekolah sama ada murid tamat belajar di sekolah itu ataupun perpindahan guru ke sekolah lain.

 


Lirik Lagu "Doa Perpisahan"

Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada-Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. 
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. 
Teruskan Perjuangan

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba-Mu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

 


Sejarah Lagu Doa Perpisahan

Tangkap layar Doa Perpisahan di YouTube saluran DinaHairi menceritakan bahawa lagu Doa Perpisahan ini dicipta pada tahun 1992 untuk kumpulan nasyid An Naurah sebelum dikomersialkan oleh munsyid Brothers melalui album kedua mereka iaitu Satu Perjuangan. Pada tahun 2015 sekali lagi lagu Doa Perpisahan dimuatkan di dalam kompilasi lagu-lagu hits Brothers melalui album Sabar. Terima kasih kepada DinaHairi untuk lagu yang indah bermakna ini. Terima kasih kepada Suraya Sulaiman yang berkongsi maklumat mengenai penulis lirik dan pencipta lagu. # Monday, 10 May 2021, 13:43 # 20210510 # dina-hairi-doa-perpisahan.jpg # Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=ivedR1jgj3E #

 


Pemahaman Tedi Pasal Doa Perpisahan

Lagu Doa Perpisahan ini bermula dengan imbau semula pertemuan yang memulakan hubungan kawan rapat. Diiringi pula dengan kesyukuran kepada Allah kerana ditemukan kawan yang bagus.

Tetapi setiap pertemuan perlu ada perpisahan, akhirnya si pencerita terpaksa pergi meninggalkan kawannya. Perpisahan ini dianggap sebagai satu ujian, dan pencerita meminta kawannya bersabar kerana hakikatnya mereka memang perlu berpisah.

Dia berjanji akan mendoakan kawannya. Dia juga berdoa kepada Allah agar menjadikan dirinya sabar, dan membantu dirinya dalam mencari hidayah.

Dia juga menjelaskan bahawa kawannya ini mesra dengan senyuman di bibirnya. Senyuman ini akan menjadi kenangan buatnya.

Akhirnya dia meminta kawannya agar mendoakannya, dan dia juga mendoakan kawannya agar diberkati Allah.

Mungkin doa-doa inilah yang menjadi intipati kepada Doa Perpisahan iaitu doakan kawannya, berdoa agar diberi hidayah dan kesabaran, dan meminta kawannya mendoakannya.

Ini adalah contoh yang bagus kerana doa mereka yang saling berkasih-sayang kerana Allah, insha Allah akan dimakbulkan.

Wallahu'alam.

 


~20200721~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm