Mungkin hasrat itu takkan menjadi kenyataan.
Sebab apa?
Petang tadi (20200721) semasa Master basuh botol susu Aina, Master dapati puting botol susu Aina telah bocor.
Master pun selongkar kabinet dapur untuk cari puting botol susu Aina.
Tetapi benda lain pula yang Master jumpa. Benda itu adalah seperti bekas kaca berlabel Kapal Api dan ada penutup beserta besi panjang yang disambungkan pula kepada satu piring penapis.
Penapis Kopi?
Itulah yang Master sangka. Ia hanya sebuah penapis kopi. Mungkin kita boleh katakan ia adalah mug kaca lengkap dengan penapis.
Tetapi apabila Master tunjukkan benda itu kepada Tedi, ia mengimbau ingatan Tedi kepada sesuatu.
Betullah. Benda itu Tedi pernah lihat semasa mengkaji coffee maker buat Master.
French Press Coffee Maker
Benda itu sebenarnya adalah coffee maker juga, ia dikenali sebagai French Press Coffee Maker selain beberapa nama dalam bahasa Perancis.
Cara menggunakan coffee maker ini adalah dengan meletakkan kisaran biji kopi, dituangkan air panas, dan penapisnya ditekan sehingga ke dasar gelas.
Ia dibiarkan dua hingga empat minit untuk perisa kopi meresap ke dalam air panas. Selalunya tidak lebih dari empat minit tetapi Master biarkan sahaja supaya lebih banyak ekstrak kopi diperolehi.
Sepatutnya French press coffee maker ini digunakan dengan biji kopi kisaran kasar kerana penapisnya takkan dapat menghalang hampas kopi jika ia terlalu halus.
Tapi tak kisahlah, gunakan sajalah, hampas tak hampas pun.
Rasanya memang sah Master takkan beli mesin kopi. Dah ada yang percuma kenapa nak beli, kan?
20200721
2 Ulasan
Selamat minum kopi ye master
BalasPadamyup. sejak jumpa benda pembuat air kopi tu Master semakin kerap minum kopi. cuma sekarang tengah mencari serbuk kopi yang sedap dibancuh air kopi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.