بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
[Kandungan]
- Harga Makanan 2023
- Nasi Kerabu Aini berpindah ke Jalan Seroja 5
- Colek di bulan Ramadhan
- Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini
- Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini?
- Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini
- Laksam diimport dari Kelantan
- Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang
Kedai makan Nasi Kerabu Aini adalah salah sebuah kedai makan yang menjadi pilihan kami jika ingin bersarapan. Melalui namanya mungkin kawan-kawan sudah tahu bahawa ia menjual makanan negeri Kelantan. Oleh kerana kami selalu berkunjung ke sana tidak sedikit gambar yang kami ambil bermula dari awal kami mengenali kedai makan ini sehingga kini. Artikel ini berkongsi sedikit sebanyak mengenai kedai makan Nasi Kerabu Aini ini.
Harga Makanan 2023
Ini adalah harga makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini yang sempat dirakam pada pagi tadi.
Nasi Kerabu Aini berpindah ke Jalan Seroja 5
Beberapa kali Tedi berulang alik ke Jalan Seroja 6 di mana kedai makan Nasi Kerabu Aini bertempat sebelum ini tetapi hampa kerana ia selalu tutup. Akhirnya Tedi pun ke Jalan Seroja 5 untuk mencuba makanan di sebuah kedai cendol yang terletak di sana.
Alih-alih sebelum sampai ke kedai cendol tersebut kelihatan kedai yang serupa macam kedai makan Nasi Kerabu Aini tetapi tanpa papan tanda. Kami pun berpatah balik ke sana dan benarlah bahawa kedai makan itu ialah kedai Nasi Kerabu Aini. Ia baru berpindah dalam seminggu dan belum alihkan papan tanda. Khabarnya ada ditinggalkan notis di kedai lama tetapi dicabut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ini adalah lokasi baru cuma gambar kedai makan Nasi Kerabu Aini itu belum ada pada masa artikel ini ditulis kerana belum dikemaskini oleh Google.
Colek di bulan Ramadhan
Rupa-rupanya kedai makan Nasi Kerabu Aini ni ada jual colek pada waktu malam dalam bulan Ramadhan. Makan colek ni adalah satu budaya orang Kelantan. Telah beberapa kali Tedi ceritakan mengenai makan colek dalam beberapa kiriman sebelum ini.
Malam ini [20210324] kami cuba pula makan colek di kedai makan Nasi Kerabu Aini. Mungkin ini kali pertama kami makan colek di daerah Sepang, mungkin juga kali pertama di luar Kelantan.
Kami makan Kerabu Perut, Colek Sotong dan Udang, dan Colek Kerang.
Mengikut perbualan dengan pemilik kedai, mungkin dia akan teruskan jual colek pada malam hari minggu, dan pada malam hari bekerja mungkin dia tak larat untuk teruskan. apa-apa pun kalau kawan-kawan berminat bolehlah pergi periksa sendiri. Peta ada di bawah gambar macam biasa.
Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini
Master mencuba makanan ini buat pertama kali dan ternyata ianya agak lazat. Pulutnya manis diseimbangkan dengan rasa lemak daripada kelapa parut dan juga sedikit rasa masin. Boleh kata macam makan Pulut Nasi dengan Ikan Masin.
# Thursday, 10 September 2020, 09:03 # 20200910 # IMG_20200910_090312.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/NvoGZEmWa1EM7K9i7 #
Gambar ini dirakam pada 20200112 pada jam 10:39 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.
Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini?
Kisahnya lebih kurang sama seperti bagaimana Master kenali Warung Che Lan.
Ketika Master tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi ni bersendirian kerana Mummy berpantang di Kelantan, Master akan ke Taman Seroja selepas Subuh untuk cari kedai makan untuk bersarapan.
Master bersarapan di sebuah kedai makan bertentangan dengan kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, Master tak ingat nama kedai makan tersebut kerana kedai makan tu tiada papan tanda. Nampak tak kepentingan papan tanda untuk perniagaan anda?
Semasa bersarapan tu Master ternampaklah papan tanda kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, ternyata ia kedai makan baru di sana, dan papan tandanya yang menonjol telah membantu membuatkan Master nak mencuba makanan di sana.
Kini Master menjadi pelanggan tetap di sana.
Turut kelihatan menu dan gambar makanan Nasi Sup Daging Bakar dan Daging Bakar Air Asam.
Gambar ini dirakam pada 20191112 jam 10:32 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.
Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini
Kedai makan ini dibuka awal iaitu pada jam 6:30 pagi dan ditutup mungkin selepas tengahari atau apabila makanan kehabisan. Menjadi tempat orang bersarapan pagi sebaik sahaja solat Subuh berjemaah.
Dulu kalau Master datang dalam jam 11 pagi dah nak habis makanan yang dijual. Selepas tu Master tak pernah dah datang lewat ke kedai makan ni.
Tiada sebarang label menunjukkan waktu operasi kedai makan Nasi Kerabu Aini ini tetapi yang pasti setiap kali Master ke kedai makan ini pada hari Isnin, ia ditutup.
Menu makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini
Mereka menjual makanan yang dimakan oleh orang Kelantan pada waktu pagi, seperti:
- Laksam
- Nasi Berlauk daging goreng, gulai ikan, gulai daging, gulai kambing.
- Nasi Dagang
- Nasi Kerabu Ayam Bakar
- Nasi Kerabu Daging Bakar
- Nasi Lemak
- Pulut (apa namanya Tedi tak tahu)
Sayangnya tiada Nasi Kerabu Ikan dijual di sini.
Laksam diimport dari Kelantan
Salah satu menu yang ada di sini ialah laksam. Apabila ditanya jika mereka buat sendiri laksam tu, agak mengejutkan kerana jawapannya tidak.
Kami serkap jarang mereka hasilkan sendiri laksam yang dijual kerana kami tak pernah dengar ada kilang laksam di Selangor ni.
Rupa-rupanya laksam yang kedai makan Nasi Kerabu Aini ni jual diperolehi dari Kelantan. Fuh, boleh tahan jauhnya.
Gambar ini dirakam pada 20191112 (Tuesday, 12 November 2019, 10:27) menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang
Salah satu hal yang agak mengecewakan ialah kedai makan ni kalau cuti sekolah panjang, mereka pun turut tutup lama bercuti panjang.
Itu sahajalah. Tedi sangkakan peel sebegini akan menjahanamkan perniagaan mereka kerana kedai makan Nasi Kerabu Aini kan masih baru di kawasan ini.
Tambahan kini ada dua tiga tempat di Taman Seroja yang Tedi kenalpasti menjual Nasi Kerabu.
Ternyata pelanggan setia masih kembali ke kedai makan Nasi Kerabu Aini ni disebabkan oleh kualiti masakan mereka.
Walaupun Master kata nasi kerabunya sudah tidak sebagus seperti pada masa awal kedai mereka dibuka, tapi masih meninggalkan pesaing-pesaing mereka yang lain di Taman Seroja ini.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
4 Ulasan
Timbul nampaknya gambar nasi kerabu kat papan tanda tu
BalasPadamKan? Sejak dibuka terus menarik perhatian. Ada sebuah kedai lagi yang sederet dengannya papan tanda pun tak ada, cuma ada tampal nama makanan di pintu, sekarang dah tutup sebab tak maju. Kami ada juga pergi sekali untuk support.
PadamNampak best, resepi org kelate pior ke ni...pink food panda
BalasPadamsetakat ni boleh kata penanda aras lah bagi keluarga kami. Nasi kerabu sambal tumis di Salak Lama pun sedap tapi jauh sikit lah.
PadamLaksamnya memang diimport dari Kelantan.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.