Tugasan menyidai kain juga diteruskan Master hingga kini.
Dan hingga kini juga masih ada yang mempertikaikan kaedah Master sidai kain di jemuran.
Jika dulu Tok Mak, kini Mummy pula.
Komen mereka sama sahaja iaitu Master sidai baju tak tersusun, tak sama jenis, bercampur-aduk yang kecil dan besar.
Tetapi itulah yang orang tak tahu. Master sidai kain sebenarnya mengikut teori ruang, sebab itulah Master sidai baju rompong-rompong.
Apa itu rompong? Rompong bermaksud ada bukaan atau celah di antara sesuatu.
Jadi apabila Master sidai kain Master akan usahakan untuk setiap kain mendapat ruang yang selesa, sebab itu Master tak susun dekat-dekat.
Selain itu jika tiada pilihan, Master akan campurkan baju saiz besar dan baju saiz kecil, supaya akan ada celah melalui baju yang kecil itu untuk angin lalu.
Kenapa perlu ada celah untuk angin lalu?
Kerana selain tenaga haba, tenaga angin juga memberi impak kepada proses pengeringan baju. Zarah air akan mudah terbebas dan meruap ke udara. Ini akan mempercepatkan proses pengeringan pakaian.
Itulah sebab utama kita sidai kain kan? Kain yang disidai lebih cepat kering berbanding kain yang dibiarkan di dalam bakul.
Tammat.
20200718
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.