بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tedi baru sahaja nak ke bilik mandi apabila rancangan Borak Kopitiam di saluran televisyen TV3 ni tunjukkan dokumentari mengenai Silat Kura-kura.

Terus terdetik nak kongsi sedikit pengetahuan Tedi mengenai dunia Silat Melayu.

Pernahkah kawan-kawan terdengar isitlah Bunga Silat dan Buah Silat?

Bunga Silat merujuk kepada pergerakan seperti tarian dalan silat yang ditunjukkan kepada pihak lawan.

Bunga Silat ni bermacam-macam, tapi ia selalunya kelihatan teguh dan mantap, bukannya lemah gemalai.

Buah Silat pula merujuk kepada pukulan. Kalau Bunga Silat tiada aksi pukulan, kalau dah kena Buah Silat merasa la kalian.

Tetapi pernahkah kawan-kawan terfikir kenapa perlu silat berbunga-bunga?

Pukul je la...

Ada pernah terfikir sebegitu?

Malahan pada zaman sekarang ada pula pertubuhan silat yang promosi silat mereka tiada bunga.

Jika tiada bunga Silat maka sudah terhapuslah tujuan utama silat Melayu.

Apakah tujuan utama Silat Melayu?

Silat Melayu sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan diri. Silat bukan tujuannya digunakan untuk bergaduh atau membantai orang lain. Kalau nak pukul orang lain, jangan masuk silat, jadi je samseng.

Sebab itulah silat ada Bunga Silat.

Bunga Silat ini adalah semacam kita menunjuk-nunjuk kehebatan kita kepada pihak lawan. Semakin mantap Bunga Silat kita maka semakin gentarlah pihak lawan.

Jadi setakat nak buat lawan takut? Samalah tu nak bergaduh?

Tidak.

Bunga Silat ini tujuannya memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berfikir sama ada mereka nak terus bertarung atau tidak.

Jika dengan Bunga Silat je salah seorang dah berundur, maka pertarungan dapat dihindarkan.

Tiba-tiba je kawan tu buka langkah Bunga Silat, kita pun, eh dia dah buka silat tu, jom cabut.

Tapi kalau tiba-tiba je kawan tu bagi penumbuk ke muka kita, mestilah kita pun terus naik angin dan berubah menjadi Incredible Hulk.

Jadi jika kawan-kawan fikir silat tu untuk bergaduh, anda dah silap besar.

Bangsa Melayu terkenal dengan diplomasi dan beralah. Sebab tu di dunia Melayu ramai ja kaum lain hidup aman damai.

Tapi tunggulah kepala orang Melayu dipijak, kamu akan terima Buah Silat.

Itupun jika silat masih diwariskan kepada anak bangsa Melayu.

Sekrang orang lebih suka anak mereka belajar taekwondo.

20200705