بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Master jarang membeli tetikus

Tetikus atau lebih popular sebagai mouse adalah satu peralatan komputer atau satu aksesori komputer yang penting kepada para pengguna komputer.

Tetikus membantu pengguna untuk memilih sesuatu ikon atau menu di dalam komputer.

Walaupun penting, Master jarang membeli tetikus, sebaliknya Master banyak menggunakan tetikus yang disediakan oleh majikannya.

Malangnya majikan terbaru Master tidak sediakan tetikus, terpaksalah Master beli sendiri kali ini.

 

Master minta Mummy belikan tetikus

Hari ini Mummy nak keluar rumah bersama-sama kawannya. Mummy nak makan sushi bonanza di AEON Mall Bandar Baru Nilai.

Mummy tanya Master jika ada apa nak dikirim.

Master meminta Mummy belikan tetikus. Terpaksa beli sebab esok Master nak ke pejabat barunya. Takkan nak buat kerja tanpa tetikus? Boleh sahaja gunakan touch pad tetapi ia agak leceh.


Tetikus Logitech M331 Silent adalah tetikus tanpa wayar yang dikatakan selesa untuk tangan kanan dan tahan lama. Harga asal di kedai buku Popular adalah RM 76 tetapi harga promosi semasa Mummy beli adalah dalam lingkungan RM 50. Berbaloi menggunakan tetikus ini kerana ia memang tidak bising. Penggunaan bateri juga agak lama. Tetikus ini adalah penanda bermulanya kerja Master di tempat baru.
# Tuesday, 7 July 2020, 21:32 # 20200707 # IMG_20200707_213251 #

 

Mula ditulis pada 20200707.