بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Master gemar minum kopi. Sebab tu Master minum Nescafé.
Nescafé adalah jenama kopi segera yang terkenal di Malaysia. Nescafé memudahkan penggemar kopi menikmati kopi dengan cepat.
Walaupun sedimikian ada penggemar kopi yang tidak suka minum kopi segera seperti Nescafé.
Kategori peminat kopi yang tidak minum Nescafé yang Tedi kenal ada 2 jenis.
Kategori pertama adalah mereka yang tidak minum Nescafé kerana bagi mereka kopi segera adalah kelas bawahan.
Kategori kedua adalah orang seperti Master yang mendapati bahawa harga kopi segera Nescafé ini lebih mahal berbanding serbuk kopi kisaran tempatan.
Ini boleh difahami kerana nak hasilkan kopi segera adalah lebih rumit berbanding hasilkan kisaran biji kopi.
Master pun mula beralih ke kopi tempatan, pada masa sekarang guna Kopi Hang Tuah. Beza harga kopi Hang Tuah jika dibandingkan dengan Nescafé ialah satu per empat.
Masalahnya guna kopi bukan segera ni ialah kita nak kena tapis kopi tu sebab ada hampas. Ini agak leceh tambahan kalau penapis yang digunakan tu yang biasa-biasa sahaja.
Kalau guna penapis kain mungkin lebih berkesan tetapi cepat kotor la pula. Nak guna pun dah tak selera.
Maka pilihan yang ada jika nak minum kopi bukan segera ni ialah dengan menggunakan coffee maker atau dalam Bahasa Melayu boleh dipanggil mesin pembuat air kopi.
Kajian Coffee Maker di Malaysia
Memandangkan Master sudah berminat untuk membeli mesin pembuat air kopi (coffee maker), Tedi telah diamanahkan untuk mengkaji apakah pilihan coffee maker di Malaysia ini.
Tentunya syarat utama adalah harganya murah, tetapi faktor lain mungkin boleh diberi perhatian selepas kajian ini.
Jenama | Model | Harga | Kuasa | Muatan |
Pensonic | PCM1902 | RM 48 - RM 65 | 750 watt | 1.25 L |
Morgan | MCM NB12C | RM 70 | 900 watt | 1.5 L |
BSBOSS | DL-KF200 | RM 55 - RM 109 | 600 watt | 0.6 L |
HAEGER | HG-123 | RM 49 | 800 watt | 1.5 L |
Jika kawan-kawan perhatikan, Tedi berikan perhatian kepada 3 perkara kali ini iaitu harga, kuasa, dan muatan. Selain harga yang murah, faktor muatan dan kuasa diambil kira untuk anggar berapa kuasa elektrik yang akan dibelanjakan nanti untuk penggunaan mesin kopi ini.
secara teorinya mesin kopi dengan penggunaan tenaga elektrik (watt) lebih rendah lebih jimat elektrik, tetapi jika muatannya kecil maka kita perlu masak mungkin 2 kali untuk dapat kuantiti air kopi yang sesuai diminum.
Mungkin kami hanya perlukan coffee maker dengan muatan kecil kerana hanya Master sahaja yang minum kopi?
Tapi bagaimana pula kalau Master nak ulang minum kopi?
Jenama yang sinonim tentunya Pensonic manakala Morgan dan BSBOSS tak pernah didengari sebelum ini.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.