Semalam kami ke sebuah tapak semaian di jalan Bangi - Dengkil kerana Mummy nak beli tanah untuk tanam pokok dalam pasu.

Ketika berada di tapak semaian itu kami terdengar bunyi mengaum macam bunyi dron.

Kami mendongak ke langit dan kelihatan sayup-sayup di langit ada beberapa wau sedang terbang. 

Master mengintai dan cuba meneka di manakah kawasan wau-wau itu dimainkan. Mungkin di kawasan tinggi jauh dari situ.

Selepas selesai urus niaga di tapak semaian tersebut, Master menuju ke Tasik Idaman tapi kali ini melalui jalan di hadapan Ban Lung (mungkin sebuah tempat sewaan jentera berat) bersebelahan sebatang sungai.

Kami melewati suatu kawasan kampung yang banyak rumah besar di sana walaupun lorongnya kecil sahaja muat untuk sebuah kereta lalu.

Malahan ada pula rumah teres dan juga mini apartment.

Ada pula maahad di sebelah tasik, agak indah pemandangannya.

Kami sampai ke sebatang jalan yang ditambak membelah Tasik Idaman kepada dua.

Di situ kelihatan orang ramai berkumpul, kami sangkakan mereka memancing. Setelah Master meletakkan kereta di satu tempat baru kami perasan bahawa sebenarnya mereka yang menerbangkan wau-wau tadi.

Aina pun mula menjerit...

nak layang-layang Aina... layang-layang Aina...

Aina ada layang-layang dengan gambar Pony yang dibeli di Pantai Bagan Lalang, tapi tak pernah berjaya diterbangkan. Aina selalu ajak menerbangkan layang-layang miliknya itu.

Master pun bawa Aina pergi ke kumpulan penerbang wau itu sebelum menegur mereka.

Seorang pakcik di situ memberikan Aina peluang untuk memegang sebuah wau. Cemas Master dibuatnya apabila Aina memegang wau itu dengan ganas.

to be continued...

20200726