Master tiba di pejabat cawangan Cyberjaya itu pada jam 9:15 lebih kurang.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Faktor yang menyumbang kepada kelewatan adalah kesukaran untuk keluar simpang di taman perumahan kami, dan kesesakan lalulintas di flyover tak siap di Kota Warisan.
Semasa Master menunggu dia sempat WhatsApp kawannya yang bernama OS. Pakcik OS bekerja dengan TC Sense yang kebetulan menjadi vendor kepada Touch 'n Go Sdn Bhd.
Selesai sahaja Master mesej pakcik OS, mereka bertembung di pintu lif. Tak bolehlah nak berbual.
Perjumpaan dengan pengurus Sumber Manusia syarikat baru Master itu adalah untuk tandatangani kontrak pekerjaan. Selain itu Master sempat juga mengisi borang potongan zakat, kali ini melalui Lembaga Zakat Selangor, tidak seperti sebelum ini yang mana Master buat potongan zakat kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.
Urusan Master selesai di sana sekitar jam 10:30 pagi.
Kemudian Master ke nasi ayam cincang AJ untuk bersarapan sambil belikan Mummy nasi ayam dan ikan, serta akok biasa dan akok pandan. Harga akok di sana ialah RM 3 untuk 5 ketul.
Pada waktu petang Master pergi tukar tayar kereta Subaru XV, sebelum kami bergerak balik ke kampung Master di Negeri Sembilan.
20200603
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.