بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada masa sekarang banyak iklan gajet Huawei dimainkan. Jika kita tonton YouTube sahaja entah berapa banyak iklan Huawei, belum masuk "review" daripada para YouTuber mahupun artis.

Kenapa banyak sangat iklan Huawei?

Jika kawan-kawan tak tahu, Huawei telah diharamkan di Amerika Syarikat. Pengharaman ini mungkin atas dasar perang ekonomi yang  dilancarkan oleh Donald Trump.

Pengharaman ini juga menyebabkan Huawei kerugian kerana kehilangan pasaran yang menguntungkan. Selain itu Huawei juga tidak dibenarkan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Google, ini menyebabkan mereka tidak boleh gunakan sistem operasi Android yang terkenal itu.

Huawei membangunkan sendiri sistem operasi mereka yang dinamakan HarmonyOS dan juga stor aplikasi mereka sendiri yang diberi nama AppGallery

Oleh sebab itu Huawei telah bertindak agresif dalam membangunkan produk mereka dan memasarkannya kepada para pelanggan. Kerana mereka mahu mengiklankan kehebatan produk mereka yang kini tidak lagi bergantung kepada Google.

 

Kalau Huawei bagus, kenapa Master tolak?

Peralatan yang dibangunkan Huawei bukan calang-calang, memang canggih.

Tetapi Master terpaksa menolaknya kerana Master memang bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan Google seperti Gmail, Google Map, Google Photos, YouTube, dan Google Drive.

Memanglah Huawei sediakan perkhidmatan untuk pindahkan kesemua itu kepada perkhidmatan yang mereka sediakan, namun setelah berpengalaman bekerja dengan pasukan Jack Ma sebelum ini, Master memilih untuk tidak mempercayai China.


~20200721~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih