Melahu ialah apabila enjin dibiarkan hidup sementara kereta tidak bergerak.

Setiap hari jutaan kereta dan trak melahu tanpa keperluan, kadangkala sampai berjam-jam. Kereta yang dibiarkan melahu boleh menghasilkan pencemaran sebanyak mana seperti kereta yang bergerak.

Kita memang tidak boleh mengelak daripada membiarkan enjin kereta kita melahu apabila berhenti di lampu isyarat atau apabila tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tetapi tidak patut kita biarkan enjin kereta melahu pada masa-masa lain.


Empat Cara untuk elakkan enjin kereta melahu.

Matikan enjin kereta apabila menunggu lebih 10 saat

Berbeza dengan kepercayaan bahawa menghidupkan enjin kereta akan menggunakan lebih banyak minyak, melahu lebih 10 saat sebaliknya akan menggunakan lebih banyak minyak berbanding menghidupkan semula enjin kereta.

Panaskan enjin dengan memandu kereta bukan dengan biarkan enjin melahu

Enjin elektronik pada zaman sekarang tidak perlu dipanaskan walaupun pada musim salji. Cara terbaik panaskan enjin adalah dengan memandu kereta perlahan-lahan dengan lancar sambil elakkan menekan pedal minyak secara berlebihan.

Selepas beberapa saat kereta selamat untuk dipandu. Enjin kenderaan pula panas 2 kali ganda lebih cepat berbanding apabila enjin dibiarkan melahu.

Sejukkan kabin dengan memandu. 

Memandu perlahan juga cara terbaik untuk sistem aircond kereta anda menyejukkan kabin kereta dengan lebih pantas.

Duduk dalam kereta dengan enjin melahu mendedahkan kita kepada asap ekzoz yang masuk ke dalam kabin kereta. Kesejukan yang diperolehi daripada aircond kereta tidak berbaloi dengan kesan buruk kepada kesihatan kita.

Jika kita mahu menunggu, lebih baik menunggu di luar kereta seperti di dalam kedai atau bangunan. Jangan menunggu di dalam kereta dengan enjin dihidupkan.

 Kurang melahu, lebih perlindungan kepada enjin kereta

Kerap hidupkan enjin kereta tidak lagi memberi kesan tinggi kepada eniin kereta atau bateri kereta.

Ia hanya memakan belanja USD$10 setahun berbanding belanja minyak petrol kereta yang boleh menelan kos tambahan dari $70 hingga $650 setahun! Bergantung kepada harga minyak semasa, tabiat melahu, dan jenis kenderaan. Melahu sebenarnya menambah kepada kehausan enjin kerana enjin kereta beroperasi daripada yang sepatutnya.

Alasan untuk berhenti melahu

Ini adalah beberapa faedah apabila kita matikan enjin kereta jika tidak bergerak.

Menjadikan udara lebih bersih

Kita menurunkan tahap pencemaran apabila tidak membiarkan enjin melahu. Pencemaran berbahaya ini adalah punca kepada penyakit serius seperti lelah, sakit jantung, bronchitis kronik, dan barah.

Tidak hairanlah kanak-kanak pada zaman sekarang lebih mudah sakit berbanding zaman ibu bapa mereka dahulu.

Memelihara alam sekitar

Untuk setiap 10 minit kita berhenti melahu, kita dapat elakkan penghasilan 10 pound gas karbon dioksida ke udara. Gas karbon dioksida adalah penyumbang utama kepada pemanasan global. Satu laporan EDF menunjukkan bahawa di bandaraya New York City sahaja, lebih 130,000 tan karbon dioksida dihasilkan oleh kereta dan trak yang dibiarkan melahu.

Secara perbandingannya kita perlu tanam pokok di kawasan seluas Manhattan setiap tahun untuk menyerap karbon dioksida yang dihasilkan itu.

Jimatkan minyak dan duit

Kereta yang dibiarkan melahu menggunakan sekitar 1/5 hingga 7/10 gelen minyak satu jam. 

Trak diesel pula menggunakan satu gelen minyak sejam. 

Mengikut kadar harga minyak Amerika Syarikat ia bermakna kos $2 sejam digunakan apabila enjin melahu.

20200711