بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Master mengadu mulut dia terasa kering apabila bangun tidur pada waktu pagi.

logo mulut kering semasa tidur

Kenapa mulut kering apabila kita bangun tidur?

Ini adalah persoalan yang akan Tedi kaji dan kupas pada hari ini. 

Mulut kering ketika bangun tidur berpunca daripada gaya kita tidur. Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan berpunca daripada bagaimana kita bernafas ketika tidur. Besar kemungkinan kita tidur dengan mulut terbuka, atau kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur.

 

Kenapa Bernafas Menggunakan Mulut Semasa Tidur?

Punca kita bernafas dengan mulut ketika tidur ada banyak. Kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur mungkin kerana hidung kita tersumbat. Selain bernafas dengan mulut, mungkin juga memang tabiat kita tidur dengan mulut ternganga. Atau mungkin sahaja kita tidur bermimpikan makan ayam goreng sebab itu mulut menganga... gurau je.. hehe.

Selain itu berdengkur juga menjadi punca kepada kekeringan mulut kita semasa tidur.

Tidak lupa juga masalah kesihatan lain seperti sleep apnea

 

Sleep apnea? Apa benda tu? 

Sleep apnea adalah keadaan di mana kita berhenti bernafas dan kemudian bernafas semula berulang kali ketika tidur. 

Wow, bahaya ni, kan? 

Tanda-tanda kita mungkin ada sleep apnea ialah kita berdengkur dengan kuat atau kita masih keletihan walaupun sudah tidur sepanjang malam. Agak mengejutkan apabila kajian Tedi menyatakan posisi terbaik semasa tidur yang boleh mengurangkan dengkur dan sleep apnea ialah berbaring di sisi.  

Wow, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam kan tidur berbaring di atas rusuk kanan? Bukan saja-saja tiap sunnah Rasullullah sollallahu alaihi wassalam, kan? Mesti ada hikmah di sebaliknya.

Sleep apnea dalam Bahasa Melayu? Tedi cuba cari tapi tiada maksudnya. Apnea bermaksud berhenti bernafas buat beberapa ketika. Sleep bermaksud "tidur". Jadi dalam bahasa Melayu mungkin boleh disebut "apnea tidur".

 

Bagaimana hindari mulut kering semasa tidur?

  1. Minum air secukupnya - masalah mulut kering sering dikaitkan dengan dehidrasi. Jika kita tidak minum air yang  mencukupi setiap hari, ia akan menyebabkan mulut menjadi lebih kering setelah bangun dari tidur.
  2. Pasang alat pelembap udara - kita disarankan untuk memasang pelembap udara untuk menambah kelembapan dalam udara bilik tidur.
  3. Elakkan minum alkohol dan kafein - kedua-dua minuman ini menyumbang kepada dehidrasi.

~20200716~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih