Tapi kita mungkin tak perasan jika kita silap ketika menggunakan mesin basuh, kita akan mengalami kerugian yang besar dari segi wang Ringgit.
Pakar dari laman web Moneypig menyatakan bahawa pilihan kitaran cucian dan suhu air yang betul akan memelihara pakaian kita di samping menjimatkan bil elektrik dan memelihara alam sekitar.
Selain itu kita juga perlu memilih kadar muatan yang betul.
Cucian sejuk adalah sesuai untuk pakaian berwarna gelap juga pakaian ringan seperti pakaian pejabat. Cucian sejuk tak gunakan banyak tenaga elektrik.
Cucian suam adalah sesuai untuk pakaian sintetik, juga untuk pakaian berwarna terang yang terkena kotoran berat seperti minyak.
Cucian panas sesuai untuk pakaian kapas berwarna putih dan juga pakaian yang menyentuh kulit seperti pakaian dalam. Cadar juga patut dibasuh dengan cucian panas.
Delicate, hand wash, atau wool cycle
Mesin basuh mempunyai nama yang berbeza bagi kitaran ini sama ada delicate cycle, hand wash cycle, atau wool cycle.
Tetapi ia mempunyai sifat yang sama iaitu kitaran ini selembut cucian tangan dan ambil masa sekejap sahaja. Kitaran cucian ini sesuai untuk pakaian yang tidak tahan lasak seperti labuci, sutera, dan sebagainya.
to be continued
20200723
2 Ulasan
Alamak baru teringat kain dalam mesin basuh belum sidai lagi
BalasPadamhehe, beli yang ada pengering (dryer) terus, tak payah susah-payah jemur kain. tapi orang kata mesin basuh dengan dryer senang rosak.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.