Hidup diteruskan...
Laluan hidup yang berduri
Mesti jua kau lalui
Walau keperitan yang dihadapi
Tiada jalan untuk hindari
Sengsara yang dirasa
Ada yang lebih pahit menelannya
Jangan kau lupakan hakikat ini
Hidup mesti diteruskan
Dengan penuh ketabahan
Apa yang berlalu
Jadikan pengajaran
Walaupun kau terseksa dalam kehidupan
Jangan sesekali kau berputus asa
Hidup mesti diteruskan
Walau apa ujian melanda
Percaya kepada-Nya
Dia akan bersama
Marilah melangkah menempuh alam
Membina masa depan yang pernah kau citakan
Hidup diteruskan dengan pengharapan
Pasrah mengharapkan keredhaan
Jika dikejar dunia fana
Pastikan lelah dibuatnya
Bersederhana dalam kehidupan
Jangan kecewa dengan ketentuan
Moga hidupmu akan tenang
Jangan turutkan ketentuan emosi
Kelak berada dalam depressi
Jangan turutkan kesedihan hati
Yang hanya mendatangkan halusinasi
Teruskan Hidup ditulis atau siap ditulis oleh Master pada 20071204 [Tuesday, December 04, 2007, 8:22:53 AM].
Ketika ini Master bekerja dengan IKCM Sdn Bhd dan menetap di Seri Kembangan.
Teruskan Hidup secara rasminya adalah coretan kedua Master untuk tahun 2017 selepas Percaya: Jejak. Kod: l9f5g15e19o14.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.