بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sempena cuti Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 jatuh pada hari Isnin, kami pergi bercuti ke Kuantan.

Timurbay Seafront Residence

Di Kuantan kami menginap di homestay di rumah pangsa yang dinamakan Google Maps sebagai Timurbay Seafront & Beach Residence. Nak juga guna nama Inggeris walaupun dah merdeka 63 tahun. Acah-acah hebatlah tu.

Rumah pangsa ini terletak di Jalan Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26080 Balok, Pahang. Orang yang menginap di sini boleh berkunjung ke Pantai Balok, Tanjung Lumpur, Teluk Chempedak malah ada juga yang ke Kemaman untuk makan sata.

Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut.
Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut. # Sunday, 30 August 2020, 07:54 # IMG20200830075401 # OPPO OPPO Reno2 #

Rumah pangsa ini terdiri dari 2 blok iaitu Tower A dan Tower B. Punyai 4 buah lift dari tingkat G sehingga 13A. Menurut seorang pekerja setiap tingkat ada 20 unit kediaman. Master kira-kira mungkin ada 480 unit kediaman.

Tidak hairanlah lift sangat sesak pada hari minggu terutamanya semasa daftar keluar.

Kami menyewa di Timurbay Seafront Residence iaitu rumah pangsa yang terletak betul-betul di hadapan pantai Balok. Banyak homestay di sana. Gambar ini diambil semasa Master dalam perjalanan pulang dari membeli sarapan di seberang jalan.
Kami menyewa di Timurbay Seafront Residence iaitu rumah pangsa yang terletak betul-betul di hadapan pantai Balok. Banyak homestay di sana. Gambar ini diambil semasa Master dalam perjalanan pulang dari membeli sarapan di seberang jalan. # Sunday, 30 August 2020, 09:45 # IMG_20200830_094521 # 20200830 # Xiaomi Redmi Note 5A # Peta lokasi: https://goo.gl/maps/FrZxhZ7Pgaac9qby9 #

Aina Aidan di tepi pantai

Ini adalah pertama kali Aina dan Aidan sampai ke Kuantan. Aina mungkin pernah setakat lalu sahaja semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan melalui Terengganu.

animasi Aksi Aina dan Aidan sedang bermain di Pantai Balok di Kuantan di Pahang di Malaysia. Aina sibuk nak pergi pantai tapi takut nak masuk dalam air laut. Akhirnya dia hanya berlari-lari di atas pantai Balok yang landai tersebut
Aksi Aina dan Aidan sedang bermain di Pantai Balok di Kuantan di Pahang di Malaysia. Aina sibuk nak pergi pantai tapi takut nak masuk dalam air laut. Akhirnya dia hanya berlari-lari di atas pantai Balok yang landai tersebut. # Sunday, 30 August 2020, 11:50 # 20200830 # IMG20200830115010-ANIMATION.gif # OPPO OPPO Reno2 #

Bermain di tepi pantai pada waktu tengahari memang mengundang sunburn, atau dalam Bahasa Malaysia mungkin boleh disebut rentung? hihihi.

Apabila panas tengahari makin menggigit kami naik ke atas untuk mandi-manda di kolam renang pula.

animasi Aidan sedang berjalan di atas pasir di pantai Balok. # Sunday, 30 August 2020, 11:20 # 20200830 # IMG20200830112045-ANIMATION.gif # OPPO OPPO Reno2 #
Animasi Aidan sedang berjalan di atas pasir di pantai Balok. # Sunday, 30 August 2020, 11:20 # 20200830 # IMG20200830112045-ANIMATION.gif # OPPO OPPO Reno2 #

~20200830~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm