بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tiba-tiba sahaja Tok Ma maklumkan Master bahawa ada lebah bersarang di pohon mangga di belakang rumah.
Nak kena halau cepat tu kalau tidak nanti sarangnya akan semakin besar dan bakal memerlukan bantuan pakar untuk menghalau lebah-lebah tersebut.
Tetapi bagaimanakah untuk menghalau lebah-lebah tersebut tanpa memudaratkan mereka?
Lebah ni sudahlah serangga yang disebut dalam al-Quran, mungkin jika tidak kerana takutkan kehadiran mereka, Master akan biarkan sahaja lebah-lebah itu di situ.
Serang Lebah dengan Asap
Master selalu melihat dalam video orang ambil sarang lebah akan gunakan asap untuk halau lebah.
Master pun bakarlah beberapa sarang telur ayam namun lebah-lebah itu tak mahu berganjak. Nak letak asap tu betul-betul di bawah sarang lebah itu tidaklah Master berani kerana dalam video orang ambil sarang lebah tu pun pakai pakaian keselamatan siap pakai "helmet".
Mestilah mereka pun takutkan ancaman daripada lebah-lebah yang mengamuk kerana sarangnya diganggu.
Tetapi setelah Tedi periksa dalam internet memang betul idea Master untuk gunakan asap tu tetapi kena pakai pakaian tebal untuk elakkan sengatan. Kononnya lebah akan perlahan-lahan meninggalkan sarangnya apabila diasapi.
Macam Mana Halau Lebah Tanpa disengat?
Master tidak berpuas hati. Takkan nak pakai pakaian angkasawan untuk halau lebah?
Ada tak cara lain untuk halau lebah tanpa disengat?
Adoi Master ni, dah diberi betis, nak paha.
Okaylah salah satu caranya adalah dengan menggunakan air sabun.
Sembur dengan Air Sabun
Kalau tak mahu disengat juga, racun sahaja sang lebah itu dengan racun serangga. Kalau tak mahu gunakan racun serangga boleh gunakan campuran air sabun dengan nisbah 1 sabun kepada 3 air.
Semburan sabun ini bukan sahaja akan memusnahkan sarang lebah malahan akan membunuh lebah tersebut!
Gunakan Aroma Terapi Serai
Khabarnya lebah tak suka bau serai, jadi kita secara teorinya boleh gunakan lilin aroma terapi berbau serai ke atas sarang lebah tersebut.
~20200916~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.