بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mungkin gelak sahaja mereka yang membaca kiriman ini.

Berapakah kiriman yang perlu kita terbitkan dalam laman blog untuk mendapat 100 bacaan sehari?

Ini adalah persoalan utama ketika interpretZZ memulakan langkahnya. Mendapatkan 100 bacaan sehari bukan sesuatu yang mudah. Tiada formula yang tepat untuk mendapatkan jumlah 100 bacaan sehari.

Kenapa hanya sasarkan 100?

Ya, memanglah kita boleh tetapkan sasaran lebih daripada 100 bacaan. Tetapi seperti yang Tedi katakan, nak cecah 100 bacaan sehari bukanlah mudah. Ia memerlukan pengorbanan ataupun penipuan.

Apabila kawan-kawan dah dapat 100 bacaan sehari, insya-Allah kawan-kawan sudah boleh lupakan kiriman ini. Kawan-kawan pasti dah jumpa teknik yang sesuai untuk blog kawan-kawan.

Bagi kita yang baru nak bertatih ni, bila dapat 100 bacaan atau pageviews tu memang rasa seronok. Kalau tak dapat tu mungkin akan menyebabkan kita kecewa.

Panjang pula intro, baik Tedi kongsikan sahaja teknik yang telah Tedi temui.

 

Terbitkan 5 kiriman sehari

Itulah teknik yang telah Tedi temui. Melalui penglaman kami 1 kiriman insya-Allah akan memperolehi 20 bacaan. Jadi untuk 100 bacaan perlukan 5 kiriman.

5 kiriman baru akan menghadirkan 100 bacaan, manakala kiriman yang lama akan memberikan tambahan kunjungan. Jadi kita sasarkan 100 kunjungan baru setiap hari.

Sebenarnya banyak lagi kaedah lain untuk mendapatkan kunjungan, tetapi Tedi tak amalkan sangat sebab interpretZZ ini cuma arkib kehidupan Tedi.

 

Jadi diri sendiri

Ini satu lagi teknik yang Tedi gemari iaitu menjadi diri sendiri. Tedi pernah mencuba menjadi orang lain. Tapi akhirnya kiriman asli daripada Tedi sendiri yang menjadi pilihan pengunjung. Tak perlu popular tetapi masalah kehidupan seharian kita mungkin akan menjadi panduan kepada orang lain yang memerlukan bimbingan.

Zaman sekarang ni orang suka Google untuk dapatkan jawapan. Jadi  mungkin mereka temui jawapan dalam masalah yang kita kongsikan.

Kita ni unik. Hal yang kita kongsikan juga unik. Tetapi jangan lupa ada ramai pembaca yang mungkin serupa dengan kita. Mereka mungkin berkongsi kegemaran dan kebencian kita. Apabila mereka menemui penulis yang serupa dengan mereka, pastinya mereka akan "meminati" kita.

 

Komen jangan tak komen

Ini teknik yang bagus tapi Tedi tak amalkan sangat sebab  Tedi ni jenis suka komen benda yang Tedi nak komen. Komen pembaca akan membantu melariskan kiriman anda. Tedi tak pasti jika balasan kita terhadap komen pengguna akan menyumbang tetapi lebih banyak adalah lebih baik.

 

Kaji jangan tak kaji

Ini sangat membantu. Tapi sangat memakan masa. Mungkin juga sangat tidak menyerupai peribadi kita. Kajilah apa yang pembaca kita cari. Berikan jawapan.

Tapi Tedi tak berapa nak suka sebab kaedah ini sebabkan Tedi rasa terkongkong dan tertekan.

 

Bilangan kata kunci bukan segalanya

Mungkin kita asyik sumbatkan blog kita dengan kata kunci yang kita sasarkan. Tedi pun sama.

Tapi akhirnya Tedi tersedar bahawa jumlah kata kunci bukan segalanya, kerana Tedi pernah terima kunjungan hasil 1 kata kunci yang hanya ada 1 di dalam interpretZZ ini.

 

Sampah boleh menjadi permata

ramai orang cadangkan bahawa kita buang kiriman yang tidak laku. Tedi pun terikut-ikut dengan idea itu.

Tapi apabila kiriman kita tu asli dan kita dah habiskan masa untuk terbitkannya, masakan kita nak buang, maka Tedi agak tak suka dengan idea itu.

Ironinya pada beberapa ketika Tedi menerima kejutan apabila beberapa kiriman sampah ini yang sebelum ini terima tak sampai 100 kunjungan, tiba-tiba boleh dapat ribuan bacaan dalam sehari!

 


~20200908~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm