بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kuantan: Misi Pahang apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Darul Makmur malam esok hanya satu iaitu melakar kemenangan buat skuad itu.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, prestasi semasa Lang Merah tidak mengganggu fokus skuad itu untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

"Ini kerana misi pasukan mahu mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan termasuk berdepan Kedah esok, untuk berada di kedudukan terbaik Liga Super.

"Mahu atau tidak saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk menafikan Kedah daripada membawa pulang mata," katanya.

Selepas lapan perlawanan, Pahang berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 10 mata manakala Kedah yang memungut 16 mata di tempat kedua.

Ditanya sama ada penyerang import, Dickson Nwakaeme akan beraksi malam esok, Dollah mengesahkan bahawa tiada kelibat pemain kelahiran Nigeria itu kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Pada masa sama, beliau berkata, peluang dua lagi pemain import yang turut berdepan krisis kecederaan iaitu Herold Goulon dan Ivan Carlos disenaraikan juga 50-50.

"Kedudukan Goulon dan Carlos bermain esok masih lagi belum dipastikan kerana tidak berada pada prestasi terbaik susulan kecederaan.

"Tapi saya percaya pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama mampu untuk beraksi pada tahap terbaik untuk membantu pasukan beroleh kemenangan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
Asrol Awang, 20200925


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm