بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Menukar Taska
Akhirnya setelah 2 hari percubaan, kami memutuskan untuk menukar taska.
Ini kerana Aina menangis tidak mahu masuk taska manakala si guru tidak menunjukkan kemahiran memujuk, dan pemilik taska pun menyatakan bahawa mereka biasanya menolak kanak-kanak seperti Aina kerana katanya memerlukan perhatian khusus.
Taska seterusnya dipilih Master kerana kawasan rumahnya kelihatan luas dan ramai kanak-kanak sebaya Aina, harapannya mereka boleh berkawan. Aidan pula dihantar ke rumah pengasuh yang hanya 2 pintu dari taska Aina.
Animasi Aidan sedang menunggu di pintu pagar taska baru kakaknya si Aina. Aidan juga akan dihantar ke tempat asuhan baru selepas Aina tidak sesuai di tempat asuhan yang kami cuba pada minggu lepas. Ketika ini Aina sedang menangis meronta-ronta sambil ditenteramkan cikgu barunya dan juga Mummy. # Monday, 7 September 2020, 08:58 # 20200907 # VID_20200907_085751-ANIMATION.gif #
Belanja Aina makan aiskrim Baskin Robbins
Memandangkan kali ini buat pertama kali Aina berjaya duduk seharian di Taska, Mummy pun belanja dia makan aiskrim Baskin Robbins di AEON Mall Nilai di Negeri Sembilan di Malaysia.
Belanja Aina makan aiskrim di Baskin Robbins di AEON Mall Nilai sempena hari pertama dia berjaya duduk di taska baru. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun, 6 bulan, 3 minggu, 5 hari # 20200907 # Monday, 7 September 2020, 19:40 # COLOR_POP # OPPO OPPO Reno2 #
Animasi jujukan gambar Aidan makan roti sambil mengintai aiskrim kak Aina dengan penuh tak puas hati. # Monday, 7 September 2020, 19:50 # 20200907 # IMG20200907195006-ANIMATION.gif # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Lot KS06 & KS07, Aeon Mall Nilai, No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan #
~20200907~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
2 Ulasan
Semoga sentiasa dilindungi Allah ya baby2 comel semua :)
BalasPadamAamiin, semoga Aina tak buat perangai sangat :)
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.