بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sekarang jam menunjukkan tarikh 20201018 jam 0336.

Tedi baru sahaja membantu Master mencari masalah pada kod untuk projek ePayment beliau.

Masalah atau isu yang kami hadapi adalah:

org.hibernate.StaleObjectStateException: Row was updated or deleted by another transaction (or unsaved-value mapping was incorrect)

Tugas Master kali ini adalah untuk menambah satu fungsi untuk sahkan satu transaksi ke FPX. Jika pengesahan gagal, Master perlu campak satu error yang kemudiannya akan dikesan oleh observer yang akan menghasilkan satu file khusus untuk memaklumkan kegagalan transaksi kepada pemanggil.

Fungsi pengesahan itu telah diuji menggunakan Unit Test yang telah Master bangunkan minggu lepas dan berfungsi dengan baik.

Cuma apabila diuji dalam server ternyata ada masalah di atas.

Gagalkan Dahulu

Setelah memeriksa dengan teliti, Master akhirnya membuat keputusan untuk terus menggagalkan keseluruhan proses jika pengesahan berjalan.

Master letakkan fungsi pengesahan itu pada baris pertama sebelum sebarang proses dijalankan. Ini adalah kerana terdapat fungsi lain yang mengemaskini nilai pada entiti tersebut.

Kini Master ambil keputusan takkan benarkan proses itu berjalan jika pengesahan gagal.

Alhamdulillah usaha kami berhasil. Kami sudah dapat mengatasi isu tersebut.

Kini Master hanya perlu serahkan file yang dijana oleh sistem untuk diperiksa oleh ketua kumpulan beliau.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih