بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
ALOR SETAR: Pengendali Kedah FA, Aidil Sharin Sahak sekali lagi berdepan tekanan beraksi di luar gelanggang sendiri selepas perlawananan menentang Melaka United yang dijadualkan di sini, malam esok (Ahad) terpaksa ditunda ke Isnin dan diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Penundaan itu terpaksa dilakukan berikutan pandemik COVID-19 di negeri Kedah Darul Aman terus meningkat.
Kami turut terkejut dengan pengumuman ini kerana apa yang kami faham daerah Kota Setar bukan lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti sebelum ini.
"Namun apa boleh buat, kami tetap menerima keputusan ini selepas mendapat arahan. Pun begitu pemilihan stadium yang jauh di Kuala Lumpur ini jelas memberi kesan dari segi persiapan buat pasukan Kedah.
Sumber gambar: Harian Metro
"Ini memberi kekurangan buat kami yang terpaksa bergerak jauh ke Lembah Klang sekali lagi selepas berbuat demikian ketika menentang pasukan Sabah sebelum ke Kuantan selepas itu". katanya.
Semalam MFL meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) yang memohon aksi Liga Super membabitkan Kedah dan Melaka United dipindahkan ke venue lain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan itu dicapai menerusi persetujuan bersama kedua-dua presiden iaitu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Sebelum ini Kedah FA terpaksa beraksi kali pertama di luar gelanggang asal iaitu Stadium Darul Aman apabila perlawanan menentang Sabah pada 21 September lalu ditukar ke Cheras susulan Kota Setar diisytiharkan di bawah PKPD.
Aidil berkata skuadnya yang kini berada pada kedudukan tangga ketiga carta Liga Super sedang fokus dalam perancangan memburu tiga mata di laman sendiri.
Jika dipilih stadium berdekatan Kedah, saya rasa ianya satu pilihan lebih baik memandangkan kami tuan rumah kali ini. Dengan keputusan itu, kami harus mencongak semula persiapan yang perlu dibuat dalam masa sangat singkat.
"Saya berharap pemain tabah menghadapi ujian ini dan kami akan tetap terus berjuang demi meletakkan Kedah pada kedudukan yang terbaik pada musim ini," katanya.
Artikel ini telah diterbitkan dalam BH Online dengan tajuk "Aidil Sharin berdepan tekanan" oleh Izzali Ismail pada Oktober 3, 2020 @ 11:40 pm hari Sabtu. Dimasukkan juga petikan berita dari Harian Metro bertajuk "Main kat KL lagi" yang disediakan oleh Firdaus Hashim dan Izzali Ismail. Disunting semula untuk diterbitkan dalam interpretZZ.
~20201003~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.