بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 Semalam Tedi membantu Master menampal wallpaper pada pintu kabinet dapur di rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi.

Mummy nak tukar warna kabinet dapur itu daripada warna hijau kepada warna coklat.

Memasang kertas dinding atau sticker tu bukan masalah besar sangat, sekejap jugalah kami pasang pada 5 pintu kabinet dapur.

Masalahnya cuma setelah selesai dipasang kertas dinding tersebut, mula timbul gelembung-gelembung udara di belakangnya, agak menyakitkan mata kami memandang.

Akhirnya kami merujuk kepada yang pakar bagaimana mahu selesaikan masalah tersebut.

 

Bersihkan permukaan yang bakal ditampal kertas dinding

Bersihkan dahulu kawasan yang ingin ditampal supaya gam itu melekat seperti yang diinginkan.

 

Panaskan kertas dinding dengan pengering rambut

Kertas dinding yang ada gelembung udara di sebaliknya dipanaskan dengan menggunakan alat pengering rambut selama seminit.

Kertas dinding yang dipanaskan ini akan melembutkan gam yang melekatkannya kepada dinding atau sebarang permukaan.

 

Tolak gelembung udara menggunakan alat yang rata

Tolak gelembung udara atau ratakan dengan menggunakan alat yang rata dan bersudut tajam. Tedi menggunakan set Lego kepunyaan Mummy hihihi.

Senang cakap daripada dibuat, memang jenuh melaksanakan tugasan ini. Tetapi ia agak mudah jika kertas dinding tersebut telah dipanaskan.

Susahnya ialah kerana gelembung udara itu perlu membuat laluan sebelum terlepas dari bawah permukaan kertas dinding tersebut. Kalau gelembung udara besar senang la juga, kalau gelembung udara kecil, memang sakit hati dibuatnya.

 

Gunakan jarum untuk bocorkan gelembung udara

Ini adalah cara yang Tedi rasakan sangat berbaloi untuk digunakan. Bocorkan sahaja gelembung udara tersebut menggunakan jarum. Lubang jarum itu takkan kelihatan setelah kita ratakan permukaan tersebut.

 


~20201025~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih