بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Sejak Master berpindah pejabat ke Cyberjaya di negeri Selangor Darul Ehsan di negara Malaysia yang tercinta ini, bermulalah jadual baru dalam kehidupan keluarga kami.
Pada waktu pagi Master akan menghantar Aina dan Aidan ke pusat asuhan.
Pada waktu petang pula Mummy akan menjemput Aina dan Aidan dari pusat asuhan.
Mummy mengadu susah nak buka pintu pagar sambil tinggalkan anak-anak dalam kereta.
Maka bermulalah episod mencari tukang pasang pintu pagar automatik (autogate) untuk rumah kami.
Akhirnya pada 20200929, rumah kami dilengkapi dengan pintu pagar automatik. Memudahkan urusan keluar masuk rumah terutamanya ketika hujan.
Kos pemasangan ialah RM 1500 (satu ribu dan lima ratus Ringgit Malaysia).
# Warning automatic moving object #
# Tuesday, 29 September 2020, 16:19 # 20200929 # IMG_20200929_161910 # Xiaomi M2003J15SC - REDMI NOTE 9 #
Jenama yang dipilih ialah DC Moto menggunakan arus DC. Ia dipilih kerana memerlukan voltage yang kecil. Pada rumah kami ia hanya disambung kepada wayar lampu pagar rumah kami sekaligus mengelakkan pendawaian baru dilakukan dari kotak kuasa utama elektrik rumah kami.
Akibat disambung kepada lampu pagar rumah kami, suis lampu pagar itu kini tak boleh ditutup. Tapi yang agak mengkagumkan ialah lampu pagar akan menyala apabila kita buka pagar. Maka tidaklah gelap sangat. Tedi tak pasti jika tidak disambung kepada lampu pagar adakah akan berfungsi sedemikian rupa.
Selain itu semasa pintu pagar automatik itu dibuka ia akan berbunyi, tapi entah apa yang Master usik pada panel kawalan sehinggakan bunyi penggera itu kini dimatikan.
# Digicraft automatic gate control center. IP97kp #
# Tuesday, 29 September 2020, 16:16 # IMG_20200929_161649 #
Selain itu ia sebenarnya boleh sahaja menggunakan punca kuasa elekrik dari panel solar. Jadi boleh dibayangkan betapa kecilnya kuasa elektrik yang diperlukan.
Selain itu jenama motor elektrik autogate DC Moto ini pernah Master lihat di rumah kawan Mummy di Nilai Impian. Master terkesima dengan rupanya yang comel kecil molek.
Tengok sahajalah arm autogate tersebut, comel kan? Arm (lengan) adalah besi yang menghubungkan motor elektrik dan pintu pagar. Besi inilah yang akan menarik dan menolak pintu pagar. Selalunya lengan pintu pagar automatik ni besar gedabak.
Semasa Mummy tanya nak pasang pintu pagar automatik, Master sengaja bertanya,
Rumah si polan tu pakai autogate apa?
Si polan yang dimaksudkan tentunya kawan Mummy. Alhamdulillah Mummy memilih autogate DC Moto ini. Hihihi.
Namun mengikut komen, motor autogate DC ini mahal daripada segi penyelenggaraan kerana motornya menggunakan brush yang pada suatu masa nanti akan haus.
Nak buat bagaimanakan? Besar periuk besarlah keraknya. Nak senang kenalah ada harganya.
~20200929~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.