بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Newcastle United dibelasah pada akhir permainan dalam kekalahan kepada Manchester United
Kembali beraksi setelah rehat antarabangsa, Newcastle Unite mengalami kekalahan 1-4 kepada Manchester United walaupun mendahului 1-0 pada minit awal permainan. Gol sendiri meletakkan Magpies di hadapan sebelum Manchester United mengganas mencetak gol melalui Harry Maguire, Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka, dan Marcus Rashford.
Keputusan Buruk Bruce
Steve Bruce menurunkan barisan pemain yang hampir sama seperti ketika menewaskan Burnley, kecuali dia memasukkan Jamaal Lascelles menggantikan Fabian Schar.
Barisan pemain itu bukanlah pilihan terbaik di Newcastle United. Bruce juga mengarahkan pemainnya bertahan jauh ke bawah selepas mendahului permainan.
Dia juga menggantikan Isaac Hayden yang cedera dengan Fabian Schar, tidak memasukkan pemain menyerang seperti Miguel Almiron atau Ryan Fraser.
Ini adalah contoh kesinambungan taktik negatifnya yang menghalang Newcastle United menemui potensi serangan mereka.
Kecederaan
Hayden dibawa keluar dan Karl Darlow nampak bergelut dengan kecederaan pangkal paha. Adakah kecederaan Darlow adalah punca kepada 3 gol akhir permainan?
Mungkin Darlow akan dapat menghentikan gol keempat daripada Rashford, tetapi jaringan sebelumnya kemungkinan takkan dapat dihentikan sama sekali.
Newcastle United mempunyai pemain untuk gantikan Hayden, tetapi mereka kekurangan penjaga gol. Jika Darlow tidak boleh bermain minggu depan, Mark Gillespie akan bermain permainan sulungnya di Liga Perdana Inggeris.
~20201017~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.