بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Hari ini saja-saja Tedi nak kaji sama ada tayar kereta jenama Landsail di Malaysia okay tak?

Sebelum ini Tedi pernah sebut mengenai tayar jenama Landsail adalah keluaran syarikat Sentury Tire yang merupakan salah satu daripada Jenama Tayar Buatan Thailand kerana ada kilang tayar di Thailand walaupun asal syarikat Sentury Tire adalah dari China.

Tak kenal maka tak cinta kan?

Model Tayar   Komen Pengguna

Landsail LS388
195/60/15
20160328
 


Sangat murah RM 160 sebiji.
Prestasi pada jalan basah dan kering adalah bagus, lebih baik berbanding Falken Ziex 322.
Agak selesa.


Landsail LS588
255/35/18
20160329
 
Harga RM 500 sebiji.
Cengkaman bagus pada permukaan kering dan basah.
Kurang bising berbanding tayar Toyo C1S 255/35/18.
Tayar yang bagus pada harganya.

Landsail LS588 UHP
20160329
 
Keputusan ujian World 2015 Summer tidak memuaskan. Tayar ini mendapat tempat ke-8 daripada 15 tayar kategori sederhana.
Tayar Landsail LS588 UHP tidak seimbang. Brek di jalan basah sangat cemerlang, tetapi tidak seimbang semasa dikemudikan.
Tayar ini tidak bagus dalam situasi kecemasan dan tidak rintang aquaplaning.
Tayar kereta Landsail LS588 UHP hentikan kereta dengan cepat di jalan kering, tetapi lambat bertindakbalas terhadap steering.
Cengkaman dan kestabilan terlalu lemah untuk belokan tajam pada kelajuan tinggi.
Tayar kereta ini lembut dan memberikan keselesaan yang tinggi, sangat berkesan menyerap perubahan bentuk permukaan jalan.

 

Tayar Landsail di United Kingdom

Landsail adalah jenama baru di United Kingdom tetapi menawarkan gabungan kejuruteraan terkini bersama 80 tahun pengalaman dalam pengeluaran tayar.

Landsail telah bertapak kukuh di lebih 100 buah negara dan merupakan salah satu jenama tayar paling cepat berkembang di UK dengan 1.5 juta tayar dijual setiap tahun.

Tayar Landsail bukan sahaja menawarkan prestasi keseluruhan yang menakjubkan malahan tayar Landsail juga menawarkan corak dan saiz tayar yang komprehensif, hampir untuk semua jenis kereta, SUV, dan van komersial.

Jadi kalau tayar Landsail ni orang UK pun sibuk nak guna, maka kita boleh kata tayar Landsail ni baguslah kan?

 


Sinopsis

Apa:   Tayar Landsail okay ke.
Bila:   20201007
     

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm