بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini kita bermain dengan Payara menggunakan Netbean.
Install Payara dalam Netbean
Tedi set:
domain | : | production |
username | : | admin |
password | : | <blank> |
Selepas start service Payara kita bolehlah ke URL berikut untuk akses Admin Console. Jika lupa URL di bawah ini pun tidak mengapa sebab kita boleh right click service Payara tersebut dan pilih admin console.
http://localhost:4848/common/index.jsf
Di antara perkara yang Tedi nak explore pada kali ini adalah bagaimana untuk masukkan database connection baru dalam server.
Server adalah di local machine tetapi database server berada dalam persekitaran staging.
Setting database mssql
Untuk tugasan kali ini Tedi perlu setting database MsSQL Server dan Oracle DB.
Pergi ke JDBC dan setting JDBC Connection Pools dan JDBC Resources.
Bila cuba ping dapat error macam ini pula
Rupa-rupanya kena download ojdbc7.jar (ikut versi yang anda nak gunakan) dan letakkan dalam folder D:\Payara_Server\glassfish\lib (ikut setting dalam machine anda).
Tapi dalam staging mereka install dalam /app/installation/payara5/glassfish/domains/production/lib.
Memandangkan projek Tedi juga perlu hubungi pangkalan data MsSQL Server, Tedi kena juga download library sqljdbc42.jar dan salin ke folder yang sama.
Jangan lupa untuk restart Payara server selepas tambah library tersebut ya.
Payara | 5.194 #badassfish (build 327) | |
Netbean | 8.2 patch 2 | |
Database | MsSQL (sqljdbc42), Oracle DB (ojdbc7.jar) |
~20201130~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.