بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 Hari ini sekali lagi ada isu dengan Jasper Report. Ada satu laporan di mana kandungan ayatnya terputus. Sepatutnya laporan itu senaraikan nombor pengenalan 5 ekor kucing, tapi cuma ada 3 ekor sahaja yang tersenarai.

Tedi dah pernah baiki laporan sebegini sebelum ini, tetapi hari ini Tedi terlupa bagaimana Tedi selesaikan masalah sebegini. Hihihi...

Maka marilah kita rekodkan apa langkah untuk buat teks boleh mengembang dalam laporan yang dijana Jasper Report.

Laporan ini dibina menggunakan Jaspersoft Studio versi 6.6.0 final dan Jasper Report library 6.6.0.

 

Langkah buat teks berkembang dalam Jasper Report

  1. Right click Text Field yang nak dikonfigurasi dan pilih properties,
    1. bawah tab Appearance pilih Stretch Type : "Relative to Band Height (deprecated)". Ini pilihan yang menjadi pada masa ini buat Tedi.
    2. Kemudian bawah tab Text Field sila tandakan Stretch With Overflow.

 

Itu sahaja buat kali ini. Lain kali sila jangan lupa langkah ini ya sementara ia masih boleh digunakan lagi.

 


~20201118~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih