بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Kasut ASICS Gel-Excite 6 pengganti kasut BROOKS Ghost 7

Setiap makhluk akan dimamah usia, begitu jugalah halnya dengan kasut Brooks Ghost 7 milik Master. Akhirnya Master terpaksa menggantikannya.

Tetapi jika kasut Brooks Ghost 7 itu dibeli memang khusus untuk berlari sama ada di atas jalanraya atau di laluan bukit, kasut terbaru Master ini iaitu dari jenama ASICS model Gel-Excite 6 adalah untuk kegunaan harian ke pejabat di samping untuk dipakai ketika Master menyertai mana-mana aktiviti larian atau memanjat menara (towerthon).

Mungkin Tedi pernah sebut bahawa Master sebenarnya mencari kasut lari dari jenama Under Armour kerana rekaannya yang nampak kukuh dan tahan lasak namun rekaan yang Master cari tidak ditemui di mana-mana kedai yang kami singgah. Sebaliknya kasut lari untuk Aina pula yang Master beli.

Pandangan atas dan tapak kasut lari terbaru Master iaitu dari jenama ASICS model Gel-Excite 6.
Pandangan atas dan tapak kasut lari terbaru Master iaitu dari jenama ASICS model Gel-Excite 6.
# Tuesday, 10 March 2020, 01:33 # 20200310 # IMG20200310013322.jpg # OPPO Reno2 # Rumah Bandar Baru Salak Tinggi #

Kenapa Master pilih kasut ASICS Gel-Excite 9 ni?

Sebenarnya kasut ini adalah pilihan terakhir Master setelah meneliti dan mencuba beberapa jenama bermula daripada Under Armour, Brooks, PUMA, Adidas, dan Nike.

Under Armour, Brooks, PUMA ditolak kerana rekaannya.

Kasut Adidas dan NIKE pula Master tolak kerana tidak selesa memakainya, kusyennya terasa nipis tidak selesa untuk berlari.

Akhirnya penjual di kedai Al-Ikhsan di Bandar Baru Nilai tu mencadangkan kasut ASICS Gel-Excite 9 ni.

Master memilih kasut ini kerana ia memenuhi kriteria Master iaitu:

  1. Rekaannya boleh tahan, tak nampak sangat macam kasut lari, memandangkan kali ini Master mencari kasut yang boleh dipakai ke pejabat.
  2. Warnanya gelap.
  3. Warna tapaknya juga gelap.
  4. Kusyen terasa tebal walaupun tidak cukup selesa seperti kasut Brooks Ghost 7.
  5. Ia agak ringan, satu faktor penting untuk kasut lari.
  6. Harganya dalam bajet.

 

Berapa harga kasut ASICS Gel-Excite 6 ni?

Harga asal kasut ASICS Gel-Excite 6 untuk lelaki ni ialah MYR 299 (dua ratus sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia).

Diskaun sebanyak MYR 60 (enam puluh Ringgit Malaysia).

 

Beli di mana?

Master beli kasut ASICS Gel-Excite 6 ini di butik Al-Ikhsan Sports di 9 Avenue di Taman Korporat Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di negara Malaysia. 

 

Bila dibeli?

Master beli kasut ASICS Gel-Excite 6 ini pada 7 Mac 2020 (20200307).

 

Kasut ASICS Gel-Excite 6 vs kasut Brooks Ghost 7

Komen atau pandangan Master ialah ternyata kasut Brooks Ghost 7 tidak boleh diganti. Ia selesa dan sokongan di bahagian kaki lebih terasa.

Lagi lama berlari lagi serasi dengannya.

Kasut ASICS Gel-Excite 9 ini bukanlah lawannya. Ia selesa namun apabila digunakan untuk tempoh yang lama mula terasa tidak selesa di bahagian tapak kaki.

Mungkin faktor kasut atau mungkin juga kerana Master sudah semakin tua.

 


Alhamdulillah setelah beberapa lama tertangguh akhirnya Tedi berjaya juga menerbitkan kiriman ini. Ini adalah rekod mengenai kasut larian rasmi kedua milik Master. Gambar dirakam pada 20200310 iaitu beberapa hari atau mungkin pada hari kasut ini dibeli. Apa yang pasti gambar ini diambil sebelum Master menggunakan kasut barunya ini.

~20200310~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih