بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Hari ini kami ke Bandar Baru Serting kerana menolong Tokki berpindah ke sana dari Felda Bukit Rokan Utara. Tokki sebelum ini berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara dari Felda Sungai Lui pada 21 Januari 2017.

Bandar Baru Serting kini dikenali sebagai Bandar Seri Jempol, manakala Felda Serting kini dikenali sebagai gugusan Felda Raja Alias.

Entah kenapa mereka menukar nama tempat tersebut tiadalah Tedi ketahui. Rasanya nama lama lebih bagus dan sinonim dengan tempat tersebut. Ada sebatang sungai yang membelah kawasan tersebut yang dikenali sebagai Sungai Serting.

Tok Ayah berpindah kerana akan pencen dari kerjanya bersama FELDA pada bulan ini atau lebih tepat pada 13 Mei nanti.

Tok Ayah cuba minta sambungan tetapi tiada balasan menggembirakan daripada FELDA.

Dua buah lori FGV Transport mengangkut barangan Tok Ayah ke Taman Serting Indah. Tak sangka pula FGV turut ambil alih Felda Transport yang uruskan logistik Felda. Jika perniagaan FGV ni diurus dengan baik sepatutnya ia akan menguntungkan para pelabur, tetapi jika ada pihak yang ambil kesempatan, tidak mustahil ia melingkup.

Gambar lori kotak perkhidmatan angkut (courier services) oleh syarikat FGV Transport.
Gambar lori kotak perkhidmatan angkut (courier services) oleh syarikat FGV Transport. Rasanya dahulu nama syarikat ni FELDA Angkut sebelum Isa Samad masuk FELDA. # Saturday, 5 May 2018, 12:51 # 20180505 # 20180505-pindah-serting (1).JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Serting Indah # 

Sebuah lori Courier Services FGV tersebut dipenuhi oleh koleksi bunga-bunga dan pokok orkid Tok Ma.


~20180505~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm