بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Alhamdulillah, pada malam ini Tedi merajinkan diri untuk sunting satu gambar sebagai tatapan pada masa hadapan.

Gambar bas "Bangsar South Shuttle Bus" ini menjadi pilihan setelah sekian lama tidak muat naik gambar bas, hehe. Kiriman-kiriman lama mengenai gambar-gambar bas pun mungkin perlu dilawat semula dan disunting untuk disesuaikan dengan paparan mobile.

Bangsar South Shuttle Bus. BKK 2936. Gambar bas shuttle yang mengangkut penumpang secara percuma dari Bangsar South (nama lama Kampung Kerinchi) ke Stesen LRT Universiti (sempena nama Universiti Malaya yang terletak berhampiran).
Bangsar South Shuttle Bus. BKK 2936. Gambar bas shuttle yang mengangkut penumpang secara percuma dari Bangsar South (nama lama Kampung Kerinchi) ke Stesen LRT Universiti (sempena nama Universiti Malaya yang terletak berhampiran).
# Wednesday, 30 October 2019, 14:04 # 20191030 # IMG_20191030_140434.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/AG7iiyf4dhjpqnxg8 #

Entah kenapa pada malam ini Tedi memilih untuk menggunakan lebar gambar 1024 dan tidak 600 seperti biasa. Mungkin Tedi sudah bosan dengan nasihat untuk kecilkan gambar. Tedi rasa Tedi nak muatkan gambar yang sedap mata memandang.

Mana tahu pada masa depan teknologi akan mengatasi keterbatasan pada hari ini.

Gambar ini diambil oleh Master ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat beliau di kawasan Bangsar South (Kampung Kerinchi).


~20191030~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih