بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah F.A.) telah mengumumkan logo baru mereka setelah dijenamakan semula kepada Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA F.C.).

Master agak berpuas hati dengan logo tersebut kerana ia mengembalikan semula logo Kedah sebelum ini dan kembali kepada tema warna Hijau Kuning setelah logo sebelum ini didominasi dengan warna hijau merah ala-ala pasukan Portugal.

Tetapi mungkin logo ini boleh diperbaiki untuk simbolik 11 persatuan bola sepak dalam negeri Kedah.


ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan karya ciptaan seorang penyokong tempatan, Ku Basri Ku Halim dipilih sebagai logo pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata logo berkenaan dipilih daripada 900 penyertaan diterima pihaknya sebelum ini dengan pemenangnya menerima hadiah sebanyak RM5,000.

"Dalam isu pemilihan logo, sudah tentu kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Namun, kita telah melaksanakan pemilihan dan jawatankuasa bersetuju logo ini adalah yang terbaik," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darulaman FC, Khamal Idris Ali dan Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din.

Selain memaparkan imej bola dan bunga alamanda yang sinonim dengan logo lama skuad Hijau Kuning, logo terbabit turut memaparkan perkataan 'Biar Jasa Jadi Kenangan' yang dililhamkan bekas pengurus legenda Kedah, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.

Logo rasmi kelab bola sepak Kedah Darul Aman FC yang diperkenalkan pada tahun 2020
Logo kelab bola sepak Kedah Darul Aman F.C. yang diperkenalkan pada tahun 2020 hasil ciptaan penyokong Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah F.A.) bernama Ku Basri melalui satu pertandingan mencipta logo kelab bola sepak tersebut sempena penjenamaan akibat penswastaan kelab bola sepak Malaysia.
Sumber - Kedah Darul Aman F.C. - Wikipedia.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan senarai pemain pasukan KDA FC akan diumumkan dalam satu majlis memperkenalkan skuad pada 15 Januari ini.

Katanya, pasukan musim depan itu dijangka tampil dengan aksi lebih mantap berbanding musim ini, namun pembiayaannya dijangka lebih kecil susulan penyusunan semula gaji dan elaun pemain.

"Kita menetapkan sasaran untuk menjadi pasukan terkuat bagi memenangi semua pertandingan dalam Liga Malaysia.

"Kita akan pastikan peruntukan pasukan tidaklah sampai ke angka RM30 juta seperti musim ini, tetapi itu tidak bermakna peruntukan diletak terlalu kecil kerana kita tetap mempunyai matlamat untuk menyediakan pasukan terkuat," katanya.

 

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Disember 16, 2020 @ 6:58pm
bhnews@bh.com.my

Sumber: Karya Ku Basri dipilih sebagai logo KDA FC (bharian.com.my)

 


~20201216~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih