بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
LONDON: Tottenham Hotspur mengalami kejutan kekalahan 1-0 di laman sendiri kepada Newcastle United pada saingan Liga Perdana awal pagi tadi dengan pemain Brazil, Joelinton menghasilkan gol kemenangan.
Joelinton, pemain termahal kelab dengan nilai 40 juta pound (RM205 juta), meledak pada minit ke-27 menerusi serangan balas pantas, menewaskan Hugo Lloris selepas menerima hantaran Christian Atsu.
Kemenangan itu sesuatu yang paling dimahukan pengurus Newcastle, Steve Bruce yang tewas dua perlawanan pertama selepas mengambil alh daripada Rafa Benitez pada penutup musim.
Newcastle United menggunakan taktik bertahan dalam sebahagian besar perlawanan tetapi Tottenham, yang bermula tanpa Christian Eriksen, bergelut menukar kelebihan kawalan bola mereka untuk peluang lebih baik.
Tuan rumah merasakan mereka patut menerima sepakan penalti pada minit ke-78 apabila pemain Newcastle, Jamaal Lascelles mengasari Harry Kane tetapi pengadil dan rakaman VAR mengatakan ia bukan penalti.
Selepas tewas 3-1 kepada pasukan baharu naik taraf, Norwich City, Bruce dikritik oleh penyokong Newcastle yang gagal menerima pelantikannya walaupun dia adalah penyokong kelab itu ketika kecil.
“Satu cara saja kami boleh membalas kritikan seperti itu. Kami datang ke stadium yang hebat, ke kelab menakjubkan ini dan kami beraksi baik,” kata Bruce. - Reuters
Sumber: Newcastle kejutkan Spurs (bharian.com.my)
Ogos 26, 2019 @ 7:26am, 20190826
~20190826~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.