Pengumuman berkenaan dibuat di laman Facebook milik pemain yang berusia 28 tahun dari Brazil itu hari ini sekali gus melenyapkan spekulasi selama ini.
Menerusi status itu, Alves yang membuat kenyataan penyambungan kontrak, turut memaparkan gambar memakai jersi Kedah bercorak hijau dan kuning.
"Saya gembira dapat menyambung kontrak dan berharap tahun ini adalah tahun yang diberkati Tuhan," diikuti simbol Hijau Kuning dan burung helang.
Tanda tanya berkaitan kedudukan Alves dalam pasukan yang menjadi topik panas sebelum ini apabila hanya dua pemain import sedia ada, iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang diumumkan kekal oleh media KDA FC sejak Disember lalu.
Manakala berita penggantian pemain import baharu kuota Asean M Anumanthan dari Singapura dan import antarabangsa, Rabih Ataya dari Lubnan sudah dilakukan selepas kontrak Shakir Hamzah dan Amin Nazari tidak dikekalkan.
Sementara itu Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak melahirkan rasa leganya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan KDA FC yang kini sedang bekerja keras melengkapkan senarai pemain untuk saingan musim 2021.
"Terima kasih kepada pihak pengurusan KDA FC yang sudah memberi kelulusan untuk Renan kembali memperkuatkan pasukan musim ini.
"Sudah pasti dengan maklumat berkenaan, keserasian dan semangat yang dibina Alves bersama rakan sepasukan selama dua tahun lalu boleh mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama lebih erat dalam pasukan musim 2021," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 2:08 PM
20210112
Sumber: https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/01/663070/alves-kekal-setia-dengan-hijau-kuning
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.