LONDON: Callum Wilson meledak dua gol untuk membantu Newcastle mengurangkan tekanan ke atas pengendalinya, Steve Bruce menerusi kemenangan 2-0 ke atas Everton di Goodison Park, sebentar tadi.
Bruce dikritik hebat oleh penyokong Newcastle selepas pasukan bimbingannya tewas lima perlawanan terakhir liga dan menghampiri zon penyingkiran.
Namun, selepas bertukar ke formasi 4-4-2, mereka memperagakan persembahan bertenaga untuk meraih kemenangan pertama dalam 12 perlawanan dalam semua pertandingan menerusi dua jaringan Wilson.
Selepas Jordan Pickford menafikan percubaannya pada babak pertama, Wilson kemudian meledak gol pendahuluan selepas menanduk masuk sepakan sudut Jonjo Shelvey pada minit ke-73 sekali gus menamatkan kemarau gol dalam tujuh perlawanan.
Percubaan penjaring terbanyak Newcastle itu kemudiannya terkena tiang sebelum meledak gol keduanya pada hujung permainan.
Kemenangan itu menyaksikan Newcastle berkelebihan sembilan mata di atas zon penyingkiran.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu pula kekal di tangga ketujuh liga.-Agensi
20210130 2249
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.