بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sepatutnya pada pagi ini 20210125, Tedi siapkan kerja, namun tiada akses satu pangkalan data pula. Memandangkan Google Photos mengimbau gambar-gambar ini maka Tedi berasakan agak rugi untuk membiarkan mereka terperam sahaja. 

Ini adalah koleksi gambar ketika kami melancong ke Bukit Tinggi di Indonesia di mana ini adalah hari ke-2 pelancongan kami di Sumatera Barat ini.

Tedi juga telah berjaya lengkapkan timeline pelancongan ini berdasarkan kepada maklumat daripada gambar-gambar yang dirakam Master. Cuma mungkin jalan yang dipilih Google Maps adalah tidak seperti jalan sebenar yang kami lalui.

 

Pusing-pusing Jam Gadang

Hari ke-2 ni pengalaman kami meronda di Jam Gadang pada waktu malam dengan suasana yang meriah. Sebabnya hari ni hari Jumaat bermakna malam minggu. Kalau tak silap kemeriahan suasana malam di Jam Gadang ni hanya pada Jumaat dan Sabtu kerana pada dua hari tersebut orang sudah mula mencari hiburan setelah bekerja pada hari-hari biasa.

Kita mungkin melepak di gedung beli-belah, tetapi di sini mereka melepak di kawasan seperti Jam Gadang ini. Bersosial dengan kawan-kawan.

Tidak kurang juga yang mencari rezeki dengan menjual macam-macam barang di sekitar Jam Gadang ini. Ia macam suasana pasar malam di mana  orang berniaga di dataran tapi tanpa gerai. Tedi rasa kalau di Malaysia susah nak jumpa mungkin kerana pihak berkuasa tempatan akan kejar peniaga dengan alasan tiada lesen. Hal sebegini agak menyedihkan kerana orang cari rezeki halal dihambat orang. Bagi Tedi tak salah berniaga asalkan produk halal dan tidak menyusahkan orang lain.

Berlaku satu peristiwa yang agak kelakar di mana para penjual jersi mahu promosi jualan mereka kepada Master. Master dengan yakinnya minta jersi Newcastle United. Master sebenarnya bukan nak beli pun cuma saja buat-buat nak beli. Serkap jarang Master mengena apabila para peniaga tersebut tercengang mendengar nama kelab Newcastle United.

Kelab mana tu?

Seorang penjual yang lain menjawab:

England

Nasib baiklah ada juga yang kenal Newcastle United tu kelab England. Jika tidak, haruslah Master bersedih barang sepurnama dua.

Gambar di sekitar Jam Gadang Bukittinggi ketika menanti supir datang menjemput. Tak pasti pula bangunan putih tu bangunan apa. Kelihatan deretan motosikal menunjukkan kawasan ini menjadi tumpuan pada malam minggu.
Gambar di sekitar Jam Gadang Bukittinggi ketika menanti supir datang menjemput. Tak pasti pula bangunan putih tu bangunan apa. Kelihatan deretan motosikal menunjukkan kawasan ini menjadi tumpuan pada malam minggu. # Friday, 24 January 2014, 19:38 # 20140124 # 20140124 Padang (255).JPG # Canon EOS 500D #

Gambar ke 259 ini sebenarnya diambil ketika kami menunggu pak supir menjemput kami pulang setelah meronda di sekitar Jam Gadang Bukittinggi ni. Gambar sebuah motosikal beroda tiga yang Tedi tak rasa akan jumpa di Malaysia. Lihat binaannya teguh memang sesuai untuk mengangkat barang-barang. Waktu sekitar jam 7:57 malam waktu tempatan, 8:57 malam waktu Malaysia.

Gambar motosikal beroda tiga milik Pemerintah Kota Bukittinggi, Dinas Kebersihan dan Pertamanan, Kota Bukittinggi Tahun 2011.
Gambar motosikal beroda tiga milik Pemerintah Kota Bukittinggi, Dinas Kebersihan dan Pertamanan, Kota Bukittinggi Tahun 2011. # Friday, 24 January 2014, 19:57 # 20140124 # 20140124 Padang (259).JPG # Canon EOS 500D # Jam Gadang, Benteng Pasar Atas, Guguk Panjang, Bukittinggi City, West Sumatra 26136, Indonesia # https://goo.gl/maps/q8NrjvixGpromX9o9 #

 

Bungkus makan malam di Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang

Akhirnya kami tiba di kedai makan yang diberi nama Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang. Banyak makanan unik di sini tetapi kami hanya bungkus nasi goreng sahaja hihihi.

Mummy pula membungkus Jus Alpukat (jus Avocado). Tidak rugi beli minuman tersebut.

Kali ini Mummy yang menangkap gambar manakala Master menghabiskan masa main game Candy Crush mungkin menggunakan tablet Google Nexus 7.

Gambar menu masakan dan makanan di Warung Makan Ayam Penyet Wong Semarang
Gambar menu makanan di Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang yang menunjukkan makanan seperti Soto Ayam, Udang Bakar Madu, Mie Goreng, Capcai, Nasi Uduk, Ifumie Seafood, Pecel Lele, Bihun Goreng. Ketika jam 8:10 malam waktu Bukit Tinggi. # Friday, 24 January 2014, 20:10 # 20140124 # 20140124 Padang (260).JPG # Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/LjoWVji2axwfumCc9 #

Mummy sempat pula menangkap gambar penyediaan Jus Alpukat oleh pekerja kedai makan tersebut.

Gambar seorang pekerja Warong Makan ayam Penyet Wong Semarang sedang mengisar buah avocado
Kembara ke Padang hari ke-2. Gambar seorang pekerja Warong Makan ayam Penyet Wong Semarang sedang mengisar buah avocado untuk menyediakan Jus Alpukat yang menjadi kegilaan Mummy. # Friday, 24 January 2014, 20:15 # 20140124 # 20140124 Padang (263).JPG # Canon EOS 500D # Bukittinggi, Puhun Tembok, Mandiangin Koto Selayan, Bukittinggi City, West Sumatra 26136, Indonesia #

 

Gambar krimer kental manis jenama FOYU dan cokelat jenama Frisian Flag yang digunakan dalam penyediaan Jus Alpukat di warung makan Ayam Penyet Wong Semarang
Gambar krimer kental manis jenama FOYU dan cokelat jenama Frisian Flag yang digunakan dalam penyediaan Jus Alpukat di warung makan Ayam Penyet Wong Semarang # Friday, 24 January 2014, 20:18 # 20140124 # 20140124 Padang (265).JPG # Canon EOS 500D # Ayam Penyet Wong Semarang # Bukittinggi, Puhun Tembok, Mandiangin Koto Selayan, Bukittinggi City, West Sumatra 26136, Indonesia #

 


~20140124~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih