Pada hari Sabtu, 6 Februari lalu Master digembirakan oleh kemenangan Newcastle United ke atas Southampton walaupun terpaksa bermain dengan 10 sebelum 9 pemain sahaja. Ini adalah kemenangan kedua selepas kehadiran jurulatih baru bernama Graeme Jones yang tugasnya membantu Steve Bruce. Formasi yang digunakan kali ini ialah 4-2-3-1 yang menampakkan kesan positif kepada dominasi di kawasan lawan. Almiron pula berjaya jaringkan 2 gol, dikatakan hasil diberi peranan baru yang lebih kepada serangan.
Mana tidaknya, skuad bimbingannya itu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain berdepan Southampton selepas Jeff Hendrick di buang padang manakala pemain pertahanan Fabian Schar terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika mereka sudah membuat tiga pertukaran.
Bagaimanapun, berbekalkan tenaga sembilan pemain, Newcastle masih berjaya mencatat kemenangan apabila menewaskan Southampton 3-2 pada aksi di St. James Park kelmarin.
“Rakan-rakan saya berpesan ketika saya menerima jawatan pengurus pasukan ini bahawa saya perlu bersedia dari aspek kesihatan juga kerana ia adalah tugas yang penuh tekanan.
“Separuh masa pertama sepatutnya keputusan menjadi 4-1 tetapi sebaik dua minit babak kedua bermula ia menjadi 3-2 sebelum kami bermain dengan 10 pemain bermula minit ke-50.
“Tempoh setengah jam terakhir itu sangat mendebarkan kerana kami kekurangan pemain tetapi situasi menjadi lebih teruk apabila kami kehilangan seorang lagi pemain 15 minit sebelum perlawanan berakhir kerana kecederaan dan ketika itu tiga pertukaran sudah dibuat.
“Ia adalah sangat gila. Saya teruja menyaksikan semangat dan kesungguhan para pemain yang terus kekal bersemangat untuk mempertahankan kelebihan tersebut dan kami akhirnya menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan,” katanya. – AGENSI
Oleh KOSMO!
8 Februari 2021, 12:50 pm
20210208
https://www.kosmo.com.my/2021/02/08/9-pemain-newcastle-kejutan-southampton/
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.