بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini selepas jemput Aina dan Aidan dari taska, tiba-tiba sahaja Mummy nak tengok-tengok basikal di kedai Viral di Taman Seroja.
Kemudian Mummy berkenan dengan satu basikal lipat berjenama Gilank. Harga asal basikal ini ialah MYR 599 (lima ratus sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia).
Selain itu Mummy turut tambah aksesori tempat duduk kanak-kanak di belakang basikal lipat tersebut. Harga asal tempat duduk kanak-kanak itu ialah MYR 89 (lapan puluh sembilan Ringgit Malaysia).
Mummy tanya nak beli berapa buah basikal tersebut. Jika beli dua buah basikal dapatlah harga promosi MYR 570 (lima ratus tujuh puluh ringgit Malaysia).
Tapi Master tak rasa dia rajin nak selalu kayuh basikal tersebut, kalau setakat tunggang basikal lipat Gilank tu ke kedai bolehlah kot. Lagipun Master tak rasa Aina akan kayuh basikal dia sendiri, jadi lebih baik Master berlari sahaja kejar Aina.
Agak okay juga keputusan Master untuk tidak beli sebuah lagi basikal tersebut kerana kaki Master asyik tersangkut semasa menunggangnya.
~20210208~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.