Pertambahan pengambilan makanan kucing dalam tempoh 48 jam selepas proses pensterilan berlaku adalah normal. Untuk itu, pemilik kucing dinasihatkan untuk menjaga haiwan peliharaan mereka di dalam rumah selama seminggu bagi memastikan pemulihan sepenuhnya dan memantau proses pemulihan dengan lebih baik dan tahap aktiviti kucing peliharaan mereka.
Keperluan tenaga harian yang menurun selepas pemandulan dan kurangnya khasiat serta kawalan pemakanan yang betul boleh menyebabkan obesiti yang seterusnya berpotensi menyebabkan Si Bulus mengalami masalah lain seperti sakit sendi, isu saluran kencing dan peningkatan risiko penyakit kencing manis.
Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko isu berkaitan sistem pencernaan berikutan kekurangan aktiviti serta juga tabiat mendandan diri berlebihan yang biasanya ditemui dalam kalangan kucing yang tidak aktif atau hanya tinggal di dalam rumah.
Justeru, adalah penting kucing peliharaan yang dimandulkan diberi diet khusus, dan Royal Canin® FHN Sterilised – disediakan khas untuk tujuan ini iaitu mengawal berat badan kucing peliharaan.
Boleh didapati dalam pembungkusan 400g, 2kg, 4kg dan 15kg, makanan kering daripada Royal Canin® FHN Sterilised menyediakan pelbagai manfaat untuk kucing yang telah dimandulkan kerana ia membantu untuk mengehadkan risiko berat badan berlebihan berikutan kandungan lemaknya yang sederhana dan mengikut catuan harian yang diperlukan. Apatah lagi, ia menyokong sistem urinari yang sihat dengan menyediakan mineral seimbang dan mencukupi sekali gus mengurangkan risiko pembentukan batu karang.
Tambahan kepada senarai manfaatnya, Royal Canin® FHN Sterilised disediakan dengan kandungan protein yang tinggi, antara keperluan penting untuk mengekalkan jisim otot kucing yang telah dimandulkan. Ia turut mengandungi L-Carnitine yang terlibat dalam proses metabolisme lemak.
"L-Carnitine adalah asid amino tidak penting (non-essential) dan boleh membantu mengurangkan berat badan secara sihat. Diet berkhasiat tinggi boleh menyokong penggunaan simpanan lemak untuk tenaga sambil memelihara jisim otot dan menggalakkan pengurangan berat badan," katanya.
Biarpun pemandulan boleh mengurangkan keperluan tenaga kucing anda dan berkemungkinan menyebabkan komplikasi obesiti serta masalah kesihatan yang lain, ia boleh dikawal dengan pemberian diet khusus. Pilihan terbaik untuk menjaga kucing peliharaan adalah dengan memberikannya makanan berkhasiat kerana ia akan memastikan haiwan berkenaan kekal sihat dan dapat mengelakkan masalah kesihatan yang mungkin menyusul.
Pemandulan haiwan peliharaan adalah penting bukan sahaja untuk mengawal haiwan terbiar di kejiranan anda, tetapi juga untuk manfaat kesihatan.
"Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan adalah lebih sihat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang tidak dimandulkan," kata Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia Dr Dylan Choy.
Pemilik haiwan peliharaan diminta agar memandulkan atau mensterilkan kucing mereka apabila kucing itu cukup umur atau atas nasihat doktor haiwan anda. Proses berkenaan membantu untuk mencegah jangkitan rahim dan ketumbuhan kelenjar mammary yang terbukti berbahaya atau boleh menyebabkan kanser bagi 90 peratus kucing yang dijangkiti serta turut mengurangkan risiko kanser testis dan masalah prostat bagi kucing jantan.
Antara fakta lain yang kurang diketahui mengenai kucing yang telah menjalani proses pemandulan adalah, disebabkan ia bebas bergerak dan kurang merayau, haiwan tersebut akan kurang terlibat dalam percakaran atau pergaduhan dengan binatang lain. Ini sekali gus mengurangkan risiko luka yang mungkin kemudiannya menjadi bengkak dan bernanah. Hal ini akan turut mengurangkan penyebaran penyakit lain.
January 16, 2021 @ 2:04pm 20210116
Sumber: Royal Canin perkenal kit penjagaan haiwan selepas pemandulan di https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/01/776755/royal-canin-perkenal-kit-penjagaan-haiwan-selepas-pemandulan
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.