بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Gerak Dulu
Dalam seksyen Gerak Dulu ni terselit koleksi gambar ketika kami berjalan dari hotel ke jalan besar. Van takkan masuk ke kawasan hotel kerana kesesakan yang ada di kawasan itu. Buang masa jika van datang menjemput kami. Lebih baik kami berjalan kaki ke tempat van akan menjemput kami.
Kawasan ini sesak kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Terdapat pasar pagi atau mungkin pasar sepanjang hari di kawasan ini di mana pada waktu pagi sebegini mereka akan mula melakukan persiapan untuk berniaga, jadi kawasan ini memang sibuk.
Bersarapan Pagi
Pemandu pelancong membawa kami ke kawasan sekitar Masjid Darul Aman untuk bersarapan di kedai makanan muslim yang terdapat di sekitar masjid. Tedi pernah terdengar seorang bikers berbual dengan kawannya, mungkin semasa bercuti di Hatyai, bahawa cara paling senang untuk mencari makanan halal di kawasan yang mereka singgahi ialah dengan mencari masjid. Selalunya terdapat banyak kedai makanan halal di sekitar masjid.
Petchaburi 7 Alley
Rupanya nama lorong ini ialah Petchaburi 7 Alley. Pintu masuk ke Masjid Darul-Aman.
Sinopsis
Koleksi gambar ketika kami melancong ke Bangkok pada hari kedua.
~20161125~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.